Luaskan Empayar, BlackRock Sasar Arab Saudi Pula!

522

“Lepas Arab Saudi, agaknya BlackRock nak kembangkan perkhidmatannya kat negara mana pula?”

Sebagai pengurus aset terbesar di dunia, BlackRock yang berjaya melancarkan spot Bitcoin (BTC) ETF sedang berusaha sedaya upaya mengembangkan perkhidmatannya secara ketara di Arab Saudi bagi meningkatkan kehadirannya dalam pasaran kewangan Timur Tengah.

Selain menubuhkan pejabat di Riyadh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BlackRock Larry Flink yang kerap melawat Riyadh terus mengadakan pertemuan peribadi bersama Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Arab Saudi kini berada dalam proses peralihan besar yang bertujuan memindahkan ekonominya daripada pergantungan minyak, di mana ia selaras dengan hasrat Putera Mahkota Mohammed untuk memodenkan ekonomi dan menarik lebih banyak pelabur asing seperti BlackRock.

Namun, persekitaran pelaburan di Arab Saudi juga memiliki cabaran susulan rekod hak asasi manusia kerajaan dan kebanyakan ekonomi yang masih bergantung pada minyak adalah faktor kontroversi untuk pelabur yang mematuhi piawaian etika serta alam sekitar.

Satu lagi tahap kesukaran dalam dasar pelaburannya adalah ketidaksamaan geopolitik di Timur Tengah, tetapi BlackRock berusaha mengurangkan risiko dan mendapat manfaat daripada peluang pasaran melalui penglibatan langsung dengan pemimpin tempatan serta menubuhkan pejabat.

BlackRock pada masa sama turut menunjukkan kekuatannya dalam inovasi kewangan dengan memperkenalkan iShares Bitcoin Trust (IBIT) yang sudah diluluskan pada Januari 2024 kemudian menerima aliran masuk $15.3 bilion.

Memang tidak dinafikan BTC ETF berada dalam keadaan tidak menentu disebabkan aliran keluar dari pelbagai dana, tetapi ETF BlackRock kekal sebagai peneraju dengan IBIT berjaya didaftarkan sebagai aliran masuk bersih tertinggi di kalangan spot BTC ETF susulan cecah $25.78 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat