‘Lubuk Emas’ Elon Musk Hilang Sinar, Syarikat Dianaktirikan

225

‘Biasalah manusia ni nanti bila dah menyesal baru nak cari balik.’

Kesibukan Ketua Eksekutif Elon Musk dengan ‘mainan barunya’ bukan sahaja menggusarkan pelabur, malah membuatkan syarikat gergasi kereta elektrik (EV) Tesla Inc di ambang bahaya.

Saham Tesla kini merosot ke paras rendah untuk didagangkan pada $160.95 dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang baik semalam dilihat gagal merangsang pembelian.

Umumnya, risiko terbesar syarikat buat masa ini adalah disebabkan penurunan permintaan di China yang merupakan pasaran EV terbesar dunia.

Ia secara tidak langsung juga memaksa Tesla untuk menggantung pengeluaran di kilang EV Shanghai bermula bulan ini sehingga awal tahun depan bagi mengimbangi operasi di sebalik kelemahan permintaan pengguna.

Ulas salah seorang ketua strategi pasaran Miller Tabak + Co, Matt Maley, kebimbangan utama yang menggusarkan Tesla tentunya pertumbuhan lemah di China selain faktor ‘dianaktirikan’ Musk berbanding Twitter.

Maley menjelaskan lagi walaupun pembukaan semula China akan merangsang sentimen pelabur namun penjualan kekal menjadi kebimbangan dengan beliau mengunjurkan saham Tesla akan jatuh serendah $150 tidak lama lagi.

Dalam pada itu, pelabur terus-menerus menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Twitter yang disifatkan sebagai gangguan tatkala Musk sedang berusaha untuk melangsaikan hutang syarikat dengan pinjaman margin disokong Tesla.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat