Luka BTC Kembali Pulih, Tapi Ada Cabaran Menanti?

448

“Ada pelabur gembira ada sedih, korang sekarang nak harga BTC naik atau turun?”

Pengukuhan semula sehingga $67,148 akhirnya berjaya ditunjukkan oleh harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) setelah Casey Rodarmor melancarkan protokol Runes yang membenarkan minting token digital di atas blockchain BTC.

Suka dimaklumkan langkah positif tersebut telah mencetuskan kenaikan tujuh kali ganda dalam yuran transaksi BTC pada hujung minggu, di mana yuran transaksi cecah rekod tertinggi hampir $130 pada 20 April 2024.

Menerusi pemerhatian, BTC yang kini berada tepat di atas zon permintaan utama susulan 1.66 juta address membelinya pada harga purata $64,800 didapati mampu bertindak sebagai paras sokongan kukuh jika harga mengalami tekanan menurun lagi.

Bukan itu sahaja, kadar pembiayaan kadar terbuka (OI) BTC memang bertukar negatif pada 18 April 2024 dan sekali lagi pada 21 April, bagaimanapun metrik kini sudah kembali ke positif yang menunjukkan lebih ramai pelabur sekarang berminat untuk melakukan positions long.

Memang tidak dinafikan pasaran kripto termasuk BTC pada masa ini telah melihat tanda-tanda pemulihan, tetapi para pelabur tetap harus berhati-hati kerana semua mata bakal tertumpu pada data inflasi PCE yang akan diterbitkan pada Jumaat minggu ini.

Selain mendedahkan acara halving BTC bukanlah peristiwa kenaikan harga, pengasas 10x Research Markus Thielen memberi amaran bahawa momentum pasaran kripto mungkin lemah dalam beberapa bulan akan datang dan correction lebih mendalam boleh berlaku.

Hal ini kerana miners mungkin memunggah investori BTC mereka bernilai $5 bilion bagi memastikan operasinya stabil selepas pemotongan hasilnya, tetapi QCP Capital berpendapat kenaikan harganya masih mempunyai beberapa minggu untuk melihat positions long.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 2.83% pada paras $67,088 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 5.39% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat