Lupakan Sekejap Pasal FOMC! Apa Jadi Pada AUD/USD Lepas Laporan CPI Australia?

274

Ketika pasaran sedang menantikan keputusan mesyuarat FOMC yang semakin hampir, tumpuan diberikan seketika kepada terbitan data inflasi Australia pada sesi Asia pagi ini.

Bacaan indeks harga pengguna (CPI) tahunan Australia catat angka yang lebih rendah dari ramalan 3.7%, iaitu menurun daripada 4.3% sebelum ini kepada 3.4% untuk Disember.

Bacaan CPI untuk suku terakhir 2023 juga turut menurun kepada 0.6% lebih rendah berbanding ramalan 0.8%.

Ini telah memberi reaksi penyusutan nilai terhadap dolar Australia di sesi Asia sebentar tadi sebelum pergerakan harga perlahan menyambung pembukaan dagangan awal sesi Eropah.

Meneliti pergerakan pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga telah membuat penurunan dari paras 0.66000 di awal sesi Asia sehingga mencecah sekitar 0.65600.

Terjunan harga juga dilihat berlaku setelah harga menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi isyarat untuk pergerakan bearish.

Zon sekitar 0.65500 bakal menjadi tumpuan untuk diuji jika penurunan harga masih diteruskan hingga ke sesi-sesi berikutnya.

Penurunan lebih rendah boleh dijangkakan menuju sasaran pada 0.65000, namun pelabur perlu berwaspada dengan perubahan arah yang boleh berlaku pada bila-bila masa dengan ketidaktentuan pasaran menantikan keputusan mesyuarat FOMC.

Sekiranya lonjakan harga yang berlaku, paras 0.66000 berkemungkinan akan dibolosi harga dan meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi lagi mengatasi paras minggu-minggu sebelum ini.

Jangkaan kenaikan kukuh harga boleh mencapai sehingga ke zon tumpuan pada 0.67000 di mana harga telah jatuh dari ketinggian tersebut pada dagangan pertengahan Januari lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat