Lupakan USD, Ini Masa Untuk Mata wang Yen Menyinar!

238
  • USD merosot lebih rendah
  • Tumpuan pada mata wang yen dan Bank of Japan (BOJ)
  • Jangkaan perubahan lanjut dalam dasar kawalan hasil BOJ

Dagangan awal minggu melihatkan raja mata wang US dolar kekal didagangkan lebih rendah dengan tumpuan pelabur difokuskan kepada mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) pada Rabu.

Pada sesi Asia, mata wang yen kekal mengukuh menghampiri paras tertinggi 7 bulan susulan jangkaan bahawa bank pusat akan membuat perubahan lebih lanjut pada dasar kawalan hasilnya (YCC).

Dasar kawalan keluk hasil BOJ telah menjadi faktor besar di sebalik kemerosotan 12% yen tahun lepas, dan sejak keputusan mengejutkan bank pusat Disember lalu untuk meluaskan sasaran hasilnya, yen melonjak lebih 6%.

Di sisi lain pula, dolar greenback terus bergelut untuk pulih daripada kejatuhannya minggu lepas selepas data menunjukkan harga pengguna Amerika Syarikat merosot lebih rendah pada bulan lepas.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar didagangkan merosot di bawah harga 102.00.

Sementara itu, mata wang euro terus menguat di paras ketinggian 8 bulan walaupun pergerakan harga kekal mendatar daripada akhir dagangan minggu lalu.

Dagangan pound juga lebih kukuh selepas mencecah paras tertinggi satu bulan pada Jumaat, dengan pelabur memberi tumpuan kepada terbitan data inflasi dan pekerjaan UK.

Selain itu, mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan New Zealand turut didagangkan lebih tinggi menjelang terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) China bagi suku keempat.

Akhir sekali, dolar Kanada kekal lebih kukuh berbanding US dolar ketika pelabur menantikan terbitan data inflasi Kanada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat