Macam Air Terjun! Emas Turun Jauh

23,331

Harga emas terus mengalami kejatuhan sehingga mencecah paras terendah enam bulan pada hari Jumaat.

Sesi Asia melihatkan logam kuning itu didagangkan lemah pada sekitar harga $1,865 per auns, pulih sedikit dari paras terendah $1,857 per auns yang disentuhnya pada sesi terdahulu.

Ia kini berada di landasan untuk penurunan hampir 4% bulan ini dan kejatuhan suku tahunan kedua berturut-turut.

Meskipun US dolar dan hasil bon AS mengurangkan pengukuhan mereka, namun logam berharga itu gagal memanfaatkannya untuk bangkit lebih kuat dari paras terendah.

Ekonomi Amerika Syarikat mengekalkan kadar pertumbuhan yang agak kukuh pada suku kedua 2023 dan ia dijangkakan terus meningkat pada suku ketiga, dengan pasaran buruh yang kekal kuat.

Tumpuan pasaran kini akan dialihkan kepada penerbitan data indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS, petunjuk inflasi utama pilihan Federal Reserve (Fed) pada sesi New York.

Pada masa yang sama, pelabur akan mengikuti perkembangan mengenai risiko penutupan kerajaan (government shutdown) yang boleh mempengaruhi dagangan emas.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat