“Magnificent 7” : Inilah Saham Yang ‘Mendunia’ Tahun Ini!

426

Sejak meletupnya AI, pasaran global telah menyaksikan kebangkitan saham-saham teknologi bermodal besar, yang dikenali sebagai “Magnificent 7”.

Ia terdiri daripada tujuh syarikat gergasi Amerika Syarikat, Apple, Microsoft, Alphabet (Google), Amazon, Meta, Nvidia dan Tesla.

Hasil daripada rali menakjubkan saham teknologi yang didorong oleh ledakan AI, gabungan permodalan pasaran kumpulan itu telah melonjak 60% atau $4.1 trilion tahun ini, kepada $11 trilion.

Angka itu adalah hampir tiga kali ganda lebih besar berbanding ekonomi Jerman yang bernilai lebih $4 trilion pada akhir 2022.

Peminat Apple pasti tahu bahawa nilai syarikat itu telah melonjak melepasi $3 trilion pada minggu lalu, yang menjadikannya yang pertama pernah mencapai kejayaan itu.

Microsoft pula dilihat berpotensi menjadi saham teknologi seterusnya untuk mencapai penilaian tersebut, menurut Morgan Stanley.

Sementara itu, pembuat cip yang berpangkalan di Santa Clara, Nvidia telah menyaksikan lonjakan hampir 200% tahun ini yang memacu modal pasarannya mencecah $1 trilion buat kali pertama dalam sejarah.

Tesla pula meningkat 126% tahun ini berkat daripada permintaan kenderaan elektrik (EV) yang disokong oleh pemotongan harga, tawaran teknologi pengecasan dengan pesaing Ford dan GM, serta kegilaan pelabur terhadap AI.

Ketujuh-tujuh saham itu bertanggungjawab untuk kebanyakan keuntungan dalam S&P 500 tahun ini, dan telah membantu mendorong indeks penanda aras kepada trend menaik.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat