Mahkamah Jerman Putuskan Sebahagian Skim Pembelian Bon ECB Melanggar Perlembagaan

233

Euro kekal didagangkan lemah berbanding USD setelah Mahkamah Perlembagaan Jerman memutuskan bahawa beberapa tindakan dalam program pembelian bon oleh Bank Pusat Eropah (ECB) sebahagiannya melanggar perlembagaan dan ia dianggap tidak sah, iaitu di Jerman.

Tambahan daripada itu, mahkamah turut menyatakan bahawa keputusan bank pusat juga tidak disokong oleh Perjanjian Kesatuan Eropah (EU).

Bagaimanapun, mahkamah mendapati Program Pembelian Sektor Awam (PSPP) yang digunapakai oleh bank pusat untuk melindungi ekonomi daripada impak coronavirus tidak melanggar larangan pembiayaan kewangan belanjawan EU.

Keputusan mengenai PSPP yang diputuskan itu bagaimanapun tidak akan menghalang tindakan bantuan kewangan yang diambil oleh EU atau ECB dalam menangani krisis coronavirus. Sehubungan itu, mahkamah memberi tempoh tiga bulan kepada ECB untuk memperbaiki program pembelian asetnya.

Dalam pada itu, mahkamah Jerman juga memutuskan bahawa Bundesbank mungkin perlu menghentikan pembelian bon kerajaan jika bank pusat tidak dapat membuktikan mengapa pembelian tersebut diperlukan.

Bertindak balas kepada perihal itu, ECB menyatakan ia mengambil perhatian terhadap keputusan mahkamah Jerman dan menambah bahawa bank pusat akan komited sepenuhnya untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi memastikan kestabilan harga dalam mandatnya.

Sementara itu, matawang pound gagal menarik perhatian pelabur dan diniagakan menyusut berbanding US dolar. UK kini menjadi negara Eropah yang mempunyai angka kematian tertinggi dengan lebih 32,000 kematian melebihi Itali.

Perdana Menteri Boris Johnson dijangka akan membuat keputusan mengenai perintah berkurung pada 7 Mei ini, di mana beliau mungkin akan memanjangkan lagi tempoh kuarantin setelah memberi indikasi mengenainya pada minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat