Mahu Trump Kalah, China Cuba Kacau Pilihan Raya AS

406

Penasihat Keselamatan Negara White House, Robert O’Brien berjanji akan melindungi pilihan raya presiden AS 2020 daripada sebarang campur tangan asing, sama ada mereka menyokong Presiden Donald Trump atau pesaingnya, Joe Biden.

O’Brien juga mendakwa bahawa penggodam China telah mensasarkan infrastruktur pilihan raya AS dengan serangan siber.

Kenyataan itu hadir selepas perisik AS pada Jumaat lalu yang melaporkan bahawa China telah meningkatkan usaha untuk memperluaskan pengaruhnya dan Rusia pula sedang cuba mengganggu pesaing politik Trump iaitu Joe Biden.

Menurut O’Brien, China, Iran dan Rusia telah melakukan serangan siber dan menipu untuk mendapatkan data sensitif serta beberapa tindakan lain yang mengganggu infrastruktur pilihan raya AS.

Tambah beliau lagi, Amerika Syarikat telah melihat penggodam cuba masuk ke laman web pejabat Setiausaha Negara, yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pilihan raya di peringkat tempatan dan mengumpul data peribadi rakyat Amerika.

Sementara itu, Beijing pula sudah berulang kali menafikan dakwaan pentadbiran Trump bahawa ia telah menggodam syarikat AS, ahli politik dan agensi kerajaan.

Pada April lalu, jurucakap Menteri Luar Negeri China, Geng Shuang memberitahu bahawa mereka tidak berminat untuk campur tangan dalam pilihan raya presiden AS yang dilihat sebagai urusan dalaman negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat