Mahukan Ekonomi Malaysia Yang Lebih Cekap? Ini Jawapannya, Tapi Mungkin Anda Sendiri Takkan Setuju

2,216

Kalaulah aku ni Menteri Kewangan. Teringat masa ceramah Ustaz Hasrizal Baru-baru ni. Ada soalan kalau dia menteri pendidikan, apa yang dia akan buat

Dia berseloroh jawab “kalau-kalau ni mainan syaitan. Dan saya memang tak akan jadi dan tak nak jadi menteri pendidikan.” Jadi soalan tak valid.

Lebih kurang tu lah jawapannya. Cuma lepas tu dia masih bagi pandangan dia.

Cuma nak ceritalah. Apa yang aku akan buat kalau aku menteri kewangan. Dah ramai pulak duk pernah recommend aku jadi menteri kewangan. Macam yakin je aku akan buat apa yang korang suka. Rasanya kalau korang baca ni memang aku kena blacklist.

Sebelum buat polisi kita kena tahu apa kita nak capai dan apa masalah kita hadapi.

Ada 3 masalah Malaysia sekarang ni

  1. Ekonomi yang bergantung kepada komoditi. Tak ada produk sendiri sangat. Jadi apa kita nak capai adalah untuk wujudkan produk sendiri yang dijual ke seluruh dunia.
  2. Beban tanggungan perbelanjaan mengurus kerajaan yang tinggi sekarang.
  3. Beban tanggungan perbelanjaan mengurus kerajaan yang akan jadi gila tinggi dalam 30 tahun akan datang.

 

Isu no 1: Malaysia tak ada produk sendiri

Ini balik kepada isu premature deindustrialisation yang selalu diperkatakan sesetengah pihak. Negara China contohnya. Diorang mula dengan menghasilkan barang syarikat luar.

Kemudian diorang proceed dengan meniru barang dari luar. Dulu made in China tu famous sebagai barang tidak original.

Tapi hakikatnya nak meniru barangan juga perlukan ilmu manufacturing. Dan dari ilmu itu akhirnya diorang berjaya develop dan hasilkan barangan diorang sendiri.

Hasilnya?

Keluarlah Huawei dan Xiaomi. Geely. Tencent dan lain-lain.

Tapi pada masa sama, apa jadi kepada Malaysia? Kita stuck dekat manufacture barangan orang lain. Kita tak tiru produk diorang. Kita tak develop produk sendiri. Kita perlukannya.

Tapi malangnya memulakan syarikat baru yang mampu bersaing dengan syarikat global ni perlukan duit. Nak bukak kilang kereta ke, R&D untuk smartphone ke, semua ni perlukan duit.

Jadi mana nak dapat duit untuk buat benda macam ni?

Cadangan aku adalah dengan jual saham-saham GLC yang banyak dan tak diperlukan. GLC sepatutnya dipegang untuk strategic purposes, demi masa depan ekonomi Malaysia. Bukan pegang untuk buat untung. Bukan juga pegang sebab nak kawal.

Contohnya? CIMB. Bank Muamalat. IHH Healthcare. Time dotcom. Dan banyak lagilah.

Terutamanya financial sector la. 16.9% daripada pegangan Khazanah untuk financial sector. Yes it is a making money investment. Tapi not really a ‘strategic’ one sangat. Apatah lagi kita dah ada BNM, SC dan lain-lain untuk control semua financial company ni.

Jadi apa boleh buat? Jual share banyak-banyak dalam ni. Untuk buat company baru yang boleh create local company yang boleh compete at a global level. Tapi tak perlu polisi protectionism.

Sebab kalau nak jual kat rakyat sendiri pun tak mampu. Tang mana nak compete dekat global level.

Sektor yang aku rasa berpotensi?

Semiconductor, solar, dll. Tapi nak tau betul kena tanya golongan engineer la. Aku mana tau sangat bidang apa yang power kat Malaysia ni.

University Malaya tu dah jadi top 10 engineering school kat dunia. Dah kenapa kita masih tak mampu lahirkan engineer dan syarikat bertaraf dunia.

Satu lagi masalah cheap labour. Negara kita dah bertahan-tahun bergantung kepada cheap labour untuk manufacturing. Kononnya untuk tarik pelabur asing. Bila local labour dah tak lagi murah, masih nak kekalkan dengan ambil dari foreign labour.

Sedarlah kita tak akan pergi ke mana kalau bergantung kepada cheap labour. BOE China ada 6,000 pekerja di kilang tapi tak ada seorang pun berkerja dekat ‘kilang’. Majoritinya R&D. We need to go that way.

Ha tu baru isu 1. Dah panjang sangat.

 

Isu no 2: Beban tanggungan kerajaan sekarang yang tinggi

Ingat lagi tak dulu rakyat mengeluh cakap BN buat GST bukannya ada manfaat kepada rakyat pun. Jadi persoalannya sekarang GST dah mansuh, ada manfaat untuk rakyat tak?

Tak ramai yang rasa. Kenapa?

Sebab realitinya masa GST diwujudkan, harga minyak jatuh. Kerajaan hilang hasil kat situ. Jadi GST seolah-olah tak datangkan kebaikan.

Sekarang bila harga minyak naik, GST dimansuhkan. Jadi kerajaan hilang hasil jugak. Jadi kenaikan harga minyak pun tak jadi satu kebaikan.

Sebenarnya masa tahun 2011-2013, semasa zaman harga minyak lebih USD5. Kerajaan tengah kaya raya.

Delusion dengan duit yang banyak, masa tu jugalah bilangan pekerja kerajaan meningkat dengan mendadak. Agensi itu ini ditubuhkan masa tu.

Tapi bila harga minyak jatuh merudum…. Maka mulalah terkapai-kapai.

Masalahnya…. Malaysia ni pekerja kerajaannya TAK BOLEH DIBUANG.

Pertama itu dah market distortion.

Yang sampah tak boleh dibuang (dah sangat banyak aduan dengar sesetengah pekerja kerajaan yang sangat tak berguna dan pemalas).

Lepas tu kalau dah keluar, kemungkinan besar dah tak akan boleh masuk balik. (tak taula betul ke tak. Aku dengar-dengar je).

Lepas tu 10% daripada pekerja di Malaysia ni adalah pekerja kerajaan. Kalau ambil kira rakyat Malaysia sahaja. Nilai tu jadi dalam 12%.

Gila ramai tau.

Kat UK kalau civil employee + NHS staff pun baru cuma dalam 5-6% daripada keseluruhan tenaga kerja.

Puncanya kenapa? Sebab sistem pendidikan dan kesihatan kita bawah kerajaan. Dan hampir percuma sepenuhnya.

Perbelanjaan mengurus kerajaan Malaysia RM172.9 billion setahun.

Yang mana;

  • RM55.4 billion untuk pendidikan
  • RM24.7 billion untuk kesihatan

Keduanya mewakili 46% daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus kita. Itu tak masuk lagi hutang PTPTN yang setahun dalam RM5 billion dan ramai tak bayar balik.

Sekolah dah percuma. Bayar rawatan RM1. IPTA dah murah. Dapat PTPTN lagi.

Banyak manfaat kerajaan Malaysia bagi sebenarnya.

Cukai pendapatan tak sampai 5% rakyat yang bayar. Kadar pun antara terendah di dunia. GST sebelum ni 6%. Sangatlah rendah berbanding purata dunia dalam 24%. Cukai korporat je yang tinggi setaraf negara lain. Itupun masih ada yang duk suruh naikkan lagi cukai korporat.

Jadi macam mana kita boleh ada pekerja kerajaan yang sangat ramai. Bagi sistem kesihatan dan pendidikan yang hampir percuma walau dengan cukai yang rendah?

Sebab kita ada hasil minyak.

Tapi?

Tapi hakikatnya hasil minyak dah kurang. Dulu RM60 billion. Sekarang tinggal lah dalam RM30-40 billion

Jadi cadangan aku…..

Yang mampu bayar, bayar sendiri. Yang tak mampu, kerajaan tampung. Jangan jadikannya percuma by default.

Haa menyesal kan nak recommend aku jadi menteri kewangan.

Kenapa macam tu? Simple. Sebab takde sebab untuk kerajaan terus menampung keperluan orang berduit sedangkan diorang mampu untuk tampung sendiri.

Terkini kementerian kesihatan tengah membincangkan idea skim insurans kesihatan. Ramai doktor dan ahli perubatan yang setuju. Kenapa? Sebab diorang dah tengok first hand pembaziran yang dibuat rakyat bila bagi ubat percuma. Dan diorang juga tahu first hand betapa kerajaan tak ada duit sangat sampai stock ubat pun limited. Claim OT pun kadang-kadang lambat.

Aku jujurnya takdelah suka sangat dengan idea tu walaupun aku okay untuk terima. Aku lebih suka diorang buat je satu cukai khas untuk kesihatan, dan biarkan sistem kesihatan seperti sekarang.

Kedua-dua idea ni ada pros and cons yang tersendiri. Faedah buat insurans orang dah tak akan membazir seperti yang berlaku sekarang. Faedah kekal sistem sekarang ianya memudahkan urusan. Insurans ni akan jadi leceh. Kemudian jadikan beza bayaran antara yang kaya dan yang miskin untuk hospital kerajaan.

Isu PTPTN pun sama. Tak payah bagi kat yang parent berduit. Bagi jela yang memang betul-betul tak berduit.

Senang kata idea aku adalah targeted subsidy. Semua subsidi mestilah targeted.

Ini semua untuk kurangkan kos perbelanjaan mengurus kerajaan yang dah sangat tinggi relatif kepada ekonomi dan hasil kerajaan. Sampaikan nak buat perbelanjaan pembangunan pun tak ada duit.

Dan satu lagi. Aku obviously akan perkenalkan balik GST, pada kadar 6% dan akan naik beransur-ansur. Dan aku akan jadikan urusan rebate tu bayar dulu baru kerajaan kaji. Kalau ada yang kantoi menipu, denda 10 kali ganda.

Isu no 3: Beban tanggungan kerajaan sekarang yang gila tinggi pada masa hadapan

Kenapa akan jadi gila tinggi? Atas dua faktor.

Yang kerja kerajaan sekarang akan bersara. Dan hidup lebih lama sebab sistem kesihatan yang lebih baik. Yang mana diorang akan dapat duit pencen.

Dan sebab hidup lama ni juga diorang akan lebih lama hidup sebagai orang tua. Dan kos perubatan diorang pun akan sangat tinggi.

Sedangkan pada masa itu, Malaysia semakin menuju aging population. Pertumbuhan ekonomi akan mula perlahan. Sekaligus bermaksud hasil kerajaan pun akan perlahan. Sedangkan kos rawatan kerajaan dan pencen akan naik banyak.

Pada masa itulah kita akan hampir dengan situasi di Greece. Orang tua ramai yang akan dapat manfaat daripada kerajaan dari segi pencen dan perkhidmatan kesihatan. Sedangkan orang muda yang membayar cukai dah semakin sikit. Pencen tu pulak bukan sekadar pekerja tu, kalau dia meninggal, waris / anak dia masih akan sambung dapat. Waris tu pun hidup lama pulak tu.

Solusinya? Kalau nak tau ini solusi yang dah wujud sejak zaman BN. Cuma diorang tunggu masa untuk laksanakan. Tapi tau-tau kena tukar kerajaan haha.

Semua pekerja kerajaan yang baru tidak lagi akan ditawarkan pencen (defined benefit system). Tetapi akan mula menggunakan sistem defined contribution (senang kata macam KWSP).

Ianya langkah yang sangat tidak akan popular. Dan juga langkah yang akan juga jadi satu beban besar kepada kewangan dalam tempoh masa berpuluh tahun (sebab kena bayar both pencen dan defined contribution serentak sekarang).

Tetapi ianya juga langkah yang diperlukan daripada golongan pencen ni menjadi time bomb pada 30-50 tahun akan datang.

Kalau politician tu hanya kisah menjadi popular. Memang benda ni takkan dibuat. Sebab tak ada manfaat langsung untuk politik dirinya sekarang.

Tapi kalau dia memang statesman. Maka benda ni memang perlu dibuat.

Sekian. Okaylah nak buat kerja lain.

Nampak tak kenapa baik jangan ambik aku sebagai menteri? Nanti aku buat semua polisi yang tak popular walau perlu dibuat.

Sebab aku bukan politician.

.

.

Artikel ini diterbitkan semula di laman web ini dengan keizinan empunya artikel saudara Izzuddin YussofSila SHARE dan LIKE jika anda suka perkongsian ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat