Makin Bersinar, Harga Emas Terkuat 8 Bulan!

363
  • US dolar terendah 7 bulan
  • Pelabur nantikan ucapan Jerome Powell

Emas melanjutkan pengukuhan ke paras tertinggi lapan bulan disokong oleh US dolar yang lemah dan jangkaan kenaikan kadar kurang agresif daripada Federal Reserve (Fed).

Logam kuning itu mencapai paras harga $1,880 per auns pada sesi New York, sebelum sedikit merosot untuk didagangkan pada $1,874 per auns ketika sesi Asia hari ini.

Data pada hari Jumaat lalu, menunjukkan peningkatan gaji Amerika Syarikat yang sederhana dan penguncupan dalam aktiviti industri perkhidmatan pada Disember telah mendorong kenaikan lebih 2% dalam harga emas.

Ia turut mendorong junaman dalam dagangan US dolar ke paras terendah bulanan berbanding mata wang utama dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun turun lebih rendah.

Pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell pada persidangan bank pusat di Stockholm pada sesi New York (Selasa).

Sebarang kenyataan Powell mengenai inflasi atau kadar faedah akan menjadi petunjuk buat hala tuju selanjutnya dalam penetapan dasar monetari Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat