Makin Ketat! Australia Mahu Gergasi Teknologi Serahkan Data Maklumat Salah

181

‘Malaysia ja steady tak ada kes berita palsu, tapi rakyat Malaysia selalu tersalah sebar berita palsu.’

Pengawal selia Australia dibenarkan untuk memaksa syarikat media sosial menyediakan data dalaman mengenai cara mereka mengendalikan maklumat yang salah sama ada disengajakan atau tak disengajakan (misinformation dan disinformation) sebagai langkah terbaharu kerajaan dalam membendung penyebaran salah maklumat oleh gergasi teknologi.

Australian Communications and Media Authority (ACMA) juga dibenarkan untuk menguatkuasakan kod industri internet pada platform yang tidak memberi kerjasama dalam memastikan usaha tersebut dicapai.

Tindakan tersebut adalah selari dengan usaha dunia yang ingin mengurangkan penyebaran berita palsu dalam talian (online).

Usaha tersebut telah diterajui oleh Kesatuan Eropah (EU) yang memandang serius mengenai penyebaran maklumat salah atau palsu sehingga membahayakan, terutamanya penyebaran maklumat salah oleh media Rusia semasa pencerobohan Ukraine.

Sebagai makluman, ACMA melaporkan sebanyak 4/5 orang dewasa di Australia terlibat dengan maklumat salah mengenai Covid-19 dan 76% daripadanya datang dalam platfrom online yang menyebarkan berita palsu.

Dalam laporan ACMA, warga Austalia rata-ratanya mendapat maklumat salah atau palsu dari plaftorm gergasi seperti Facebook milik Meta Platfrom Inc dan Twitter Inc.

Hujar laporan itu lagi, cara maklumat palsu mudah untuk dikenalpasti dengan ‘siaran emotif dan menarik dalam kumpulan kecil konspirasi online’ dan ‘diperkuat oleh pengaruh antarabangsa, tokoh masyarakat tempatan dan liputan media’.

Kemudian, kumpulan konspirasi tersebut akan memaksa orang lain untuk menyertai platfrom media yang memiliki polisi longgar seperti Telegram.

Sebagai recap, Facebook pernah disaman di Australia kerana dituduh bersubahat dengan penipuan (scammer).

Dalam pada itu, DIGI, sebuah badan yang mewakili Facebook; Google milik Alphabet, Twitter dan TikTok menunjukkan sokongan usaha kerajaan membendung penyebaran berita palsu atau maklumat salah.

Menteri Komunikasi Australia, Paul Fletcher, dengan tegas menyeru syarikat media sosial mengambil tanggungjawab terhadap penyebaran maklumat salah atau palsu pada platfrom mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat