Malam Ini Ada Data PCE AS, Waspada Dengan Pergerakan Pasaran!

549

Permulaan dagangan sesi Eropah melihatkan US dolar kekal mengukuh pada paras tertinggi dua bulan walaupun keuntungannya sedikit berkurang.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan berlegar pada sekitar harga 104.06 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Tumpuan pelabur kini terarah kepada data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) Amerika Syarikat, ukuran inflasi yang menjadi pilihan Federal Reserve (Fed) untuk pertimbangan kadar faedah.

Setelah meneliti data-data yang dikeluarkan lebih kukuh dan minit FOMC yang menunjukkan para penggubal dasar Fed berpecah, pasaran melihat 40% peluang untuk satu lagi kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat bulan depan.

Dalam pada itu, pasaran terus mengikuti perkembangan rundingan siling hutang AS yang dikatakan telah membuat kemajuan walaupun masih tersekat dalam isu-isu tertentu.

Pada sesi Eropah, pound sedikit meningkat susulan data jualan runcit UK yang lebih baik daripada jangkaan pada bulan April, tetapi masih terperangkap pada sekitar paras terendah tujuh minggu berbanding US dolar.

Sementara mata wang euro pula kekal berlegar pada paras terlemah dua bulan berbanding USD, selain turut ditekan oleh prospek menyuramkan terhadap ekonomi Zon Eropah selepas Jerman mengalami kemelesetan pada suku pertama.

Di sisi lain, sentimen yang tidak menentu terus menekan dolar Aussie dan New Zealand untuk kekal terperuk di paras terendah enam bulan berbanding dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat