Malaysia Akan Terima Vaksin COVID-19 Secara Percuma?

841

Adakah Malaysia tidak lama lagi akan menerima berita gembira sama seperti Amerika Syarikat (AS) berpeluang menerima vaksin COVID-19 percuma?

Menerusi perbincangan di dalam Kabinet hari ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengemukakan cadangan untuk mengedarkan vaksin koronavirus secara percuma kepada semua rakyat Malaysia.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, selain daripada China kerajaan juga berusaha mencari pengeluar lain yang mampu menghasilkan vaksin yang selamat dan berkesan.

Mengenai urusan pembelian vaksin pula, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik MOSTI untuk berurusan dengan pengeluar vaksin, mendapatkan penawar itu pada harga yang berpatutan.

Beliau turut menegaskan bahawa pembelian vaksin menuntut beberapa maklumat ujian klinikal untuk diserahkan kepada pihak National Pharmaceutical Regulatory Division (NPRA), di bawah Kementerian Kesihatan demi memastikan keselamatan dan keberkesanan vaksin yang dipilih.

Melihat situasi negara-negara berlumba untuk mendapatkan vaksin, menteri itu meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan mereka mendominasi syarikat farmaseutikal besar tanpa memikirkan keadilan terhadap negara lain.

Walau bagaimanapun, cadangan yang dikemukan MOSTI masih belum diputuskan lagi oleh Kabinet.

Jika cadangan tersebut diluluskan, maka tidak dinafikan berita itu merupakan satu nafas lega buat seluruh rakyat Malaysia.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat