Vaksin Percuma Untuk Kalian, Rakyat Amerika!

531

Dalam menghitung hari menerima khabar baik vaksin COVID-19, pihak kesihatan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan vaksin tersebut akan diedarkan secara percuma kepada semua rakyat negara itu.

Dos vaksin itu akan ditanggung oleh pihak kerajaan. Manakala doktor atau klinik yang menguruskan vaksin tersebut perlu dibayar tetapi kosnya pula merupakan tanggungjawab syarikat insurans swasta dan awam.

Washington telah membuat pelaburan melebihi $10 bilion ke atas enam projek vaksin termasuk menandatangani kontrak jaminan penghantaran ratusan jutaan dos jika vaksin tersebut melepasi ujian klinikal.

Pengarah National Institutes of Health (NIH), Francis Collin meluahkan rasa optimistiknya terhadap enam vaksin yang diusahakan, salah satunya akan memberikan khabar baik pada hujung tahun ini.

AS dijangka menerima vaksin tersebut pada Januari 2021.

Bagi kumpulan pengkritik Presiden Donald Trump, hal ini menimbulkan kebimbangan jika pemerintah itu akan mengabaikan langkah keselamatan dengan mengumumkan vaksin tersedia sebelum pilihan raya pada 3 November.

Pegawai Senior Kesihatan, Paul Mango menolak dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa mereka tidak sama sekali akan mengabaikan keselamatan. Sebaliknya akan menilai terlebih dahulu sebelum mengesahkan jaminan vaksin tersebut.

Sementara itu Rusia pada minggu ini telah mengumumkan vaksin pertama, Sputnik V dengan jaminan keberkesanan dan keselematannya terhadap 10 juta sukarelawan. Walau bagaimanapun, pakar perubatan penyakit berjangkit AS Anthony Fauci akui dakwaan itu menimbulkan keraguannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat