Malaysia Alukan Pelaburan Besar Dalam Sektor Semikonduktor

292

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong mengumumkan bahawa Malaysia mempunyai kedudukan penting dalam rantaian bekalan pembuatan cip global serta menyasarkan pelaburan dalam rantaian nilai semikonduktor.

Katanya lagi, ‘backend’ pembuatan semikonduktor telah menjadi semakin kompleks dan memberi kesan kepada penglibatan rantaian bekalan global Malaysia.

Chin Tong juga berkata tentang alasan mengapa sektor semikonduktor serta elektrikal dan elektronik (E&E) menjadi tumpuan penting di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIP 2030) semasa berucap merasmikan Forum E&E anjuran Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) baru-baru ini.

Kepentingan industri semikonduktor Malaysia merangkumi tujuh peratus di bahagian pasaran global dan menyumbang 23% perdagangan semikonduktor Amerika Syarikat.

Manakala, Malaysia juga menyumbang 13% daripada pengeluaran peringkat akhir semikonduktor global, cemerlang dalam pemasangan cip, pembungkusan, ujian dan perkhidmatan pembuatan elektronik.

Beliau juga berkata, benua ini memerlukan bentuk pelaburan tertentu serta meneroka lebih banyak peluang termasuk dari segi bahan kelengkapan dan kilang.

Beliau meramalkan pertumbuhan dua angka dalam jualan semikonduktor dalam tempoh dua tahun disebabkan penggunaan AI, automotif, komputer berprestasi tinggi dan teknologi canggih.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat