Malaysia Pun Nak Buang USD!

2,534

Mungkin Malaysia pun akan mengucapkan selamat tinggal kepada dolar AS tidak lama lagi.

Ini susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia tidak lagi percaya perlu bergantung kepada mata wang gergasi dunia itu, semasa berucap di parlimen.

Susulan lawatan negara ke China minggu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Beijing terbuka kepada perbincangan untuk menubuhkan Tabung Kewangan Asia (AMF).

Konsep AMF mula dicadangkan pada 1997 oleh kerajaan Jepun semasa krisis kewangan serantau, tetapi tidak dilaksanakan selepas ditentang oleh Amerika Syarikat dan China.

Objektifnya ialah negara Asia membiayai organisasi dan memastikan tahap mudah tunai yang mencukupi untuk mengharungi malapetaka yang menimpa ekonomi.

Perdana Menteri Malaysia, yang juga berkhidmat sebagai menteri kewangan turut mengesahkan bahawa kedua-dua negara telah merundingkan perdagangan dua hala dalam yuan dan ringgit.

Perkembangan terbaru ini dilihat akan mengukuhkan lagi pengaruh yuan dan mengurangkan dominasi dolar AS.

Terdahulu, dilaporkan bahawa yuan China berjaya mengalahkan USD sebagai mata wang yang paling banyak didagangkan di Rusia.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat