Yuan China Kalahkan USD Jadi Raja Mata wang Di Rusia!

1,149

Akhirnya, yuan China berjaya memintas kedudukan dolar AS sebagai mata wang yang paling banyak didagangkan di Moscow.

Ini diperlihatkan oleh data yang disusun Bloomberg, di mana yuan melepasi dolar dalam jumlah dagangan bulanan pada bulan Februari buat kali pertama dengan kenaikan lebih ketara dilihat pada Mac.

Terdahulu, pihak INTRADAY ada melaporkan bahawa penggunaan yuan oleh Rusia telah meningkat dengan ketara sejak ia disekat oleh Amerika Syarikat dan sekutunya atas pencerobohan terhadap Ukraine.

Sekatan ke atas sistem kewangan Rusia telah menyebabkan beberapa bank di Rusia sukar untuk membuat pemindahan rentas sempadan dalam dolar dan mata wang lain yang dianggap ‘tidak mesra’ oleh Kremlin.

Ekoran daripada itu, Moscow mengambil langkah untuk beralih kepada penggunaan mata wang yuan sekali gus mengeratkan lagi hubungannya dengan Beijing.

Malah, kunjungan Presiden Xi Jinping baru-baru ini juga telah membuka peluang kepada kerjasama yang lebih luas termasuk dalam sektor perdagangan, pelaburan, rantaian bekalan, tenaga dan teknologi tinggi.

Susulan daripada perkembangan terbaru ini, dapat dilihat bahawa Rusia berjaya mengurangkan pergantungan dolar greenback dengan menggantikannya dengan mata wang lain.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat