Ini Bukan Greenback, Tapi Redback! Yuan China Pengganti Dolar AS

412

Penggunaan mata wang yuan China oleh Rusia meningkat dengan ketara sejak negara itu disekat oleh Amerika Syarikat dan sekutunya atas pencerobohan terhadap Ukraine.

Menurut data daripada sistem rangkaian kewangan global SWIFT, Rusia tidak ada dalam senarai 15 teratas negara yang menggunakan yuan di luar tanah besar China pada April lalu.

Namun, kini ia melonjak ke posisi keempat, yang menandakan berlakunya peningkatan penggunaan mata wang itu.

Secara global,  dolar AS dan euro kekal menjadi mata wang dominan dengan masing-masing mewakili lebih 42% dan 25% aliran sehingga September tahun ini.

Bagaimanapun, penggunaan yuan didapati telah meningkat kepada hampir 2.5% daripada dua tahun sebelumnya.

Menjawab kepada peningkatan ini, usahawan China Wang Min gembira dengan penerimaan Rusia terhadap yuan yang membantu mengangkat perniagaannya ke peringkat global.

Jika dulu kontrak pembuatan perniagaannya di Rusia adalah kecil, kini beliau bersedia untuk melabur dalam pergudangann di sana.

Turut mendapat durian runtuh, adalah Shen Muhui yang mengetuai kumpulan perdagangan untuk pengeksport kecil ke Rusia di wilayah jiran Fujian.

Beliau berkata semakin ramai pembeli dari Moscow membuka akaun yuan dan menyelesaikan urus niaga secara terus dalam mata wang China, yang menurutnya merupakan kelebihan besar.

Dalam pada itu, tujuh syarikat gergasi korporat Rusia termasuk Rusal, Rosneft dan Polyus meningkatkan sejumlah 42 blilion yuan dalam bon di pasarannya. Malah, syarikat gergasi minyak Gazpromneft juga dalam pertimbangan untuk menggunakan renminbi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat