Malaysia Sedia Bekerjasama Dengan Arab Saudi, Industri Tenaga Hidrogen – PM Anwar

171

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan Malaysia untuk bersama-sama dalam Visi 2030 Arab Saudi dalam meneroka ruang kerjasama baharu dengan negara itu terutamanya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan hidrogen.

Selain itu, beliau juga mengalu-alukan kehadiran para pelabur dari Arab Saudi ke Malaysia untuk meneroka potensi pelaburan dalam projek bernilai tinggi.

Ucapannya itu ketika berjumpa Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman di Istana Yamamah, Riyadh sebelum berangkat pulang ke tanah air selepas menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) sejak Sabtu lepas.

Anwar juga turut memaklumkan Malaysia sudah bersedia untuk mempengerusikan ASEAN tahun depan termasuk dalam menganjurkan Sidang ASEAN-Teluk (GCC)-China.

Dalam perbincangan itu, mereka turut menyentuh hubungan perdagangan dan pelaburan buat kedua-dua negara.

Penggalakan buat pelabur-pelabur dari Arab Saudi ke Malaysia untuk meneroka potensi pelaburan dalam projek bernilai tinggi seperti ekonomi digital hijau, kecerdasan buatan (AI), tenaga bersih, pertahanan, elektrik dan elektronik serta aeroangkasa.

Beliau juga turut menjemput Putera Mahkota mengunjungi ke Malaysia dalam tempoh terdekat ini.

Dia percaya lawatan kali ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi serta membuka pelbagai potensi pelaburan yang bakal menyumbang kepada kemakmuran buat rakyat Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat