Malaysia Tersenarai Sebagai ‘Hot Spot’ Perlombongan Bitcoin (BTC)

3,448

Tanpa disangka Malaysia disenaraikan sebagai antara negara yang popular untuk aktiviti perlombongan Bitcoin (BTC) berdasarkan laporan daripada Wall Street Journal (WSJ).

Senarai itu turut merangkumi beberapa buah negara lain seperti Kazakhstan, Iran, Rusia, dan China.

Secara tidak langsung, Amerika Syarikat (AS) mendominasi tempat pertama sebagai negara yang memiliki kadar aktiviti perlombongan BTC tertinggi.

Rekod daripada University of Cambridge mendedahkan lebih daripada satu pertiga penggunaan kuasa pengkomputeran global adalah bermula daripada perlombongan bitcoin di AS.

Sebelum ini, China telah memegang rekod sebagai negara paling dominan dalam perlombongan kripto.

Disebabkan kerajaan negara itu mengeluarkan amaran dan mengharamkan aktiviti berkaitan kripto, lambakan pelombong matawang kripto memilih untuk berpindah ke luar negara.

Laporan WSJ ini juga mengingatkan kepada Hatten Land yang mahu membuka hub perlombongan kripto di Melaka, Malaysia. Boleh jadi sektor perlombongan kripto di Malaysia akan terus berkembang pesat.

Secara keseluruhannya pasaran kripto mula menunjukkan pergerakan yang positif. Bitcoin (BTC) didagangkan pada $59,374, meningkat 0.71% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat