Malaysia Tidak Akan Halang Dagangan Cryptocurrency Termasuk Bitcoin – Menteri

12,778

Malaysia tidak akan menghalang dagangan matawang kripto walaupun terdapat kebimbangan oleh sesetengah masyarakat tentang risiko dagangan aset pelaburan ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata bank pusat tidak akan menghalang sepenuhnya dagangan matawang kripto, termasuk bitcoin kerana tindakan tersebut akan menghalang inovasi dan kreativiti dalam pasaran kewangan, khususnya teknologi kewangan (fintech).

Johari berkata Bank Negara mengambil langkah berjaga-jaga terhadap matawang digital bagi memastikan keselamatan dan melindungi kepentingan awam.

“Kita tidak berniat  untuk menghalang sebarang inovasi yang boleh memberi faedah kepada masyarakat,” katanya.

“Bagaimanapun, seperti juga skim pelaburan yang lain, ia perlu regulasi dan pemantauan bagi memastikan risiko dapat dikawal,” tambahnya.

Johari berkata, walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) tidak meregulasikan matawang digital, ia akan memastikan bursa matawang digital ini mematuhi syarat yang ditentukan dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan melaporkan transaksi yang mencurigakan kepada autoriti.

Tindakan ini adalah usaha menjadikan aktiviti matawang digital lebih transparan yang penting kepada orang awam untuk lebih memahami risiko dalam dagangan matawang ini.

Johari berkata sebarang inovasi dalam industri kewangan yang disokong oleh teknologi termasuklah matawang dan e-wallet perlu menjadi sebahagian daripada agenda pelan tindakan digital negara.

“Inovasi kewangan bukan sahaja meningkatkan produktiviti ekonomi tetapi juga menjadikan perantaraan kewangan lebih lancar,” tambah beliau.

Johari berkata penting untuk pihak autoriti mempunyai pemahaman yang mendalam tentang matawang digital sebelum meletakkan ia di bawah polisi tindakan.

Johari menasihatkan orang di luar sana agar berhati-hati dengan matawang digital kerana terdapat risiko naik-turun harga yang tinggi dan juga potensi digodam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat