Mampukah EUR/USD Tembusi $1.16000 Kembali Pada Awal Minggu?

478

Meskipun data penjualan runcit Amerika Syarikat (AS) bagi bulan September yang diterbitkan positif, ia masih lagi gagal untuk merancakkan pergerakan matawang USD pada penutup dagangan minggu lalu.

Pelabur dilihat terus menantikan perkhabaran yang terbaharu mengenai jangkaan untuk pengetatan dasar polisi (tapering) yang akan dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed) seawal November.

Berikutan faktor-faktor tersebut serta walaupun disokong oleh beberapa data positif, matawang USD kekal goyah untuk meneruskan aksi cemerlang setelah harga mencapai paras tertinggi 2021.

Pada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga dilihat sedikit bergelut untuk terbang lebih tinggi apabila harga masih lagi gagal untuk terus menembusi zon SBR (support become resistance) 1.16000.

Pergerakan harga juga tampaknya kembali mempamerkan penyusutan dan berlegar-legar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat awal trend bearish.

Memasuki ke sesi Asia pada hari ini (Isnin) di kala pembukaan dagangan minggu ini harga nampaknya terus memulakan aksi junaman setelah mencapai paras tertinggi sekitar 1.16200 pada minggu lalu.

Paras rintangan 1.16000 masih kekal menjadi paras tumpuan untuk sekali lagi diuji bagi para pelabur dapat memperlihat arah pergerakan harga seterusnya yang lebih memberangsangkan.

Sekiranya harga berupaya menembusi paras rintangan itu, harga dijangka bakal menuju ke zon SBR pada 1.17000 dan akan meyakinkan pelabur untuk harga memberi petunjuk perubahan trend bullish.

Namun jika pergerakan harga terus mengekalkan penyusutan, paras terendah 2021 sekitar 1.15300 yang dicecah pada minggu lalu akan sekali lagi diuji.

Penurunan harga yang lebih rendah melepasi paras tersebut juga bakal memperlihatkan harga terus mencatatkan paras terendah terbaharu 2021.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat