Mampukah GBP/USD Melonjak Semula Menjelang Mesyuarat BOE?

451

Berbeza berbanding US dolar yang masih mengukuh dalam pasaran walaupun sentimen krisis Rusia-Ukraine sedikit reda, mata wang Pound terus alami tekanan dengan penyusutan nilai pada penutup dagangan penghujung minggu lalu.

Krisis peperangan Rusia-Ukraine yang berlarutan sehingga beberapa minggu ini juga memberi kesan buruk terhadap ekonomi Britain setelah amaran turut dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Rishi Sunak.

Namun, pelabur positif terhadap jangkaan untuk Pound kembali meningkat pada minggu ini dengan keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) bakal memperlihatkan kenaikan kadar berlaku.

Begitu juga tumpuan terhadap keputusan mesyuarat FOMC dengan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah pada mesyuarat kali ini.

Pergerakan harga semasa pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih melihatkan corak penurunan yang dipaparkan pada pembukaan dagangan awal minggu ini menyambung penurunan minggu lalu.

Pada minggu lalu, kenaikan harga yang dilakukan terkandas pada zon rintangan 1.32000 sebelum harga susut melepasi paras sokongan 1.31000 mencatatkan paras terendah terbaru 16 bulan mencecah sekitar 1.30300.

Harga yang juga kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD masih memberi isyarat untuk pergerakan trend bearish.

Penurunan harga yang bersambung pada minggu ini bakal melepasi support terbaru pada 1.3000 dengan sasaran penurunan selanjutnya adalah pada 1.29000.

Sebaliknya jika kenaikan harga berlaku, rintangan awal yang bakal diuji dilihat pada 1.31000 sebelum harga kembali semula ke zon rintangan 1.32000 minggu lalu.

Untuk kenaikan lebih tinggi, zon SBR (support become resistance) 1.33000 dan 1.34000 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk pergerakan harga pada trend bullish.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat