Mampukah GBP/USD Tebuk ‘Siling’ $1.2700 Minggu Ini?

213

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD sejak minggu lalu bersambung pada pembukaan awal minggu ini dilihat masih berlegar dalam julat 100 pips antara paras 1.27000 dan 1.26000.

Ketika pemulihan US dolar selepas data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) diterbitkan, US dolar kembali mengukuh sedikit dan menekan harga semula yang sebelumnya naik mencapai paras 1.27000.

Namun pada dagangan sesi terakhir minggu lalu, harga kembali pamerkan kenaikan semula berikutan US dolar dilihat kembali menerima tekanan susulan kenyataan disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) diinterpretasikan bernada dovish.

Majoriti pasaran kekal menjangkakan tiada kenaikan kadar faedah pada mesyuarat FOMC Disember sementara melihat fasa pemotongan kadar faedah akan berlaku pada pertengahan 2024.

Situasi yang menjurus ke arah penyusutan lanjut US dolar ini turut mengarahkan kecenderungan harga terus meningkat pada carta GBP/USD.

Kenaikan harga pada penutup minggu lalu dilihat masih gagal untuk tembusi zon rintangan pada 1.27000 dan berundur sedikit di bawahnya pada pembukaan sesi Asia pagi Isnin ini.

Pergerakan harga yang kembali berada semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut menjadi isyarat untuk pergerakan bullish diteruskan.

Pelabur menantikan untuk kenaikan harga menembusi rintangan 1.27000 sebelum menyaksikan paras ketinggian terbaru dicatatkan lagi untuk tempoh dagangan 4 bulan.

Jangkaan kenaikan yang diteruskan adalah untuk mencapai 1.28000 atau hingga 1.29000.

Namun jika situasi tersebut tidak berlaku sebaliknya harga membuat penurunan, paras 1.26000 akan kembali dihampiri harga semula.

Jika harga akhirnya tembus paras tersebut dan bergerak turun ke bawah, ini akan menjadi isyarat bearish dan amaran kepada pelabur untuk bersedia bagi kejatuhan lebih rendah harga selepas ini.

Sasaran akan terarah semula pada zon-zon tumpuan terdahulu seperti 1.25000 atau 1.24000 jika penurunan terus berlaku.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat