Mampukah USD Pamer Persembahan Menarik Minggu Ini?

417

Semakin menambahkan keyakinan bahawa Federal Reserve (Fed) hampir pasti tidak akan menurunkan kadar faedah pada Mac setelah bacaan inflasi pengeluar Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Jumaat lalu catat angka yang meningkat.

Bacaan bulanan indeks harga pengeluar (PPI) untuk Januari catat peningkatan 0.3% mengatasi ramalan 0.1% dengan bacaan PPI teras pula meningkat kepada 0.5%.

US dolar paparkan pengukuhan di awal sesi New York pada Jumaat setelah data tersebut diterbitkan, namun di penghujung sesi berlaku perubahan menyaksikan penyusutan pada nilai raja mata wang itu.

Selain penganalisis melihat faktor pengambilan untung (profit taking) oleh pemain pasaran di penutup minggu, komen ahli Fed Michael Barr turut mempengaruhi situasi penyusutan US dolar tersebut.

Menurut pandangannya, langkah pemotongan kadar faedah masih boleh berlaku pada Mac dan Mei walaupun data-data terbaru menunjukkan sebaliknya.

Presiden Fed Atlanta, Raphael Bostic meletakkan ramalan 2 pemotongan kadar faedah akan berlaku pada 2024 sementara Presiden Fed San Francisco Mary Daly pun menjangkakan 3 kali adalah bersesuaian.

Tumpuan pada minggu ini akan terarah kepada minit mesyuarat FOMC untuk pemain pasaran meneliti butiran lebih lanjut pada mesyuarat tempoh hari.

Walaupun dijangka tidak banyak perubahan pada laporan minit yang bakal diterbitkan, namun tetap akan memberi impak kepada pergerakan semasa US dolar.

Secara keseluruhannya untuk dagangan US dolar pada minggu lepas, prestasi tidaklah begitu memberangsangkan. Pengukuhan ketara hanya dapat dilihat ketika reaksi data inflasi pengguna diterbitkan.

Mungkinkah US dolar akan pamerkan persembahan yang lebih menarik pada minggu ini?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat