Manchester City Bakal Tubuhkan Stadium Etihad Di Metaverse!

688

Kelab bola sepak terkenal Liga Perdana Inggeris, Manchester City mengumumkan penubuhan replika maya Stadium Etihad di metaverse.

Menurut perkongsian di laman Twitter rasmi Clout News pada tengah malam tadi waktu tempatan, usaha tersebut turut melibatkan kerjasama dari rakan kongsi terbaru, Sony.

Untuk pengetahuan, Stadium Etihad merupakan hub semasa pasukan bola sepak itu.

Pada 18 Februari, Manchester City telah mengikat perjanjian dengan Sony untuk menyediakan kepakaran realiti maya bagi tujuan memanfaatkan teknologi subsidiari mereka, Hawk-Eye, kebolehan analisis gambar dan penjejakan rangka.

Sebagai rekod, Hawk-Eye merupakan sebuah syarikat teknologi yang menawarkan inovasi sukan untuk pihak rasmi dan peminat.

Ini juga merupakan satu peluang untuk peminat mereka menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium maya metaverse ketika pandemik COVID-19 tidak menunjukkan isyarat reda.

Malah, kehadiran Stadium Etihad di metaverse dapat meningkatkan lagi interaktiviti dan pemilikan item maya bagi peminat pasukan bola sepak ini.

Tidak mustahil juga selepas ini kelab bola sepak Liverpool FC turut akan mengikut jejak Manchester City.

Manakan tidak, pesaing mereka – Manchester United telah pun menjalankan kerjasama dengan Tezos (XTZ) bagi mempromosikan blockchain itu melalui kemunculan jenama pada kit latihan pemainnya.

Ini bukan kali pertama industri sukan cebur ke dalam dunia metaverse.

Pertandingan tenis Australian Open Live telah berlangsung di Decentraland, bersama-sama peluang untuk dapatkan non-fungible token (NFT) pada pertengahan Januari 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat