Pehhh! Perlawanan Tenis Australian Open Live Di Decentraland!

435

Salah satu program sukan terbesar dunia, Australian Open (AO) akan menjalankan kejohanan tenis tahun ini di dunia metaverse, Decentraland.

Dijangka lebih satu bilion peminat tenis akan menonton kejohanan ini.

Bagaimanapun, mereka perlu membuat pembelian non-fungible token (NFT) yang telah dihubungkan dengan perlawanan langsung (live) tersebut.

Tidak cukup dengan itu, mereka berpeluang untuk dapatkan satu daripada 6,776 AO Art Ball yang dihasilkan dengan kerjasama artis tempatan dan domestik bagi mereka bentuk NFT hasil gabungan sejarah tenis dan AO.

Kelebihan AO Art Ball

  • Setiap metadata ArtBall dihubungkan kepada plot gelanggang tenis bersaiz 19cmx19cm.
  • Jika ada pukulan kemenangan daripada salah satu lebih 400 perlawanan mendarat di ruang tersebut, metadata akan dikemaskini secara langsung bagi memuatkan highlights dan statistik perlawan.
  • Pemilik ArtBall berpeluang untuk mendapat hadiah seperti barang boleh pakai, merchandise, penambahbaikan NFT, dan terlibat dalam airdrops.
  • Salah satu daripada 11 mata kejuaraan mendarat di plot yang sama, pemilik turut berkesempatan untuk memenangi bola tenis yang digunakan dalam perlawanan bersama-sama dengan bukti keaslian produk.
  • ArtBall mula dijual pada 10 Januari dan kejohanan tenis AO di Decentraland bersiaran langsung pada 17 Januari, serentak dengan perlawanan realiti.

Sebenarnya, idea ini agak menarik sebagai alternatif ketika viran Omicron semakin membiak ke seluruh dunia.

Peminat domestik dan antarabangsa dapat menyaksikan sendiri platform realiti maya 3D untuk melihat stadium utama, Rod Laver Arena.

Ada peminat tenis kat sini?

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat