Mari Tengok Carta GBP/USD Selepas Keluar Data UK

387

Penyusutan yang berlaku semula ke atas dagangan mata wang US dolar telah menyaksikan lonjakan kembali harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD.

Ini telah didorong oleh reaksi pasaran yang tertumpu kepada ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan dasar monetari.

Powell bernada dovish menyatakan bahawa kenaikan kadar berkemungkinan tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, namun masih ada ruang untuk pengetatan dasar diteruskan selepas ini berdasarkan petunjuk data ekonomi.

Ini telah membuatkan US dolar melemah dan mengurangkan kembali tekanan terhadap Pound sebelumnya.

Pada carta GBP/USD, harga pada mulanya membuat penurunan awal ke paras tumpuan 1.21000 yang menjadi paras terendah untuk dagangan 2 minggu.

Namun, seperti yang dijangkakan berlaku reaksi menarik harga pada zon penting tersebut menyaksikan harga melantun naik semula.

Dengan tambahan faktor penyusutan US dolar, sekitar 100 pips kenaikan harga berlaku yang hampir menyentuh paras 1.22000 yang menjadi zon rintangan penting minggu ini.

Mengakhiri dagangan sesi New York, harga berundur turun semula ke sekitar 1.21400 dan berlegar di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD semula.

Data jualan runcit UK diperhatikan di sesi Eropah dengan bacaan angka yang lebih suram untuk bulan September berbanding ramalan yang rendah.

Pound sedikit susut selepas data diterbitkan menyaksikan harga turun hampir menuju ke paras 1.21000 yang diuji semalam bakal menjadi tumpuan sekali lagi.

Jika akhirnya paras penting itu berjaya ditembusi, penurunan harga akan dilanjutkan menuju zon support tumpuan pada awal Oktober lalu iaitu sekitar 1.20500.

Namun jika harga memaparkan lonjakan semula, mengatasi halangan MA50 akan melihatkan harga menguji kembali zon rintangan 1.22000.

Jika tembus lebih tinggi, pergerakan bullish akan mendorong harga untuk mencapai pula sasaran pada 1.23000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat