Mark Cuban Minat Melabur Dalam 2 Kripto Ini Pula!

717

“Hmm agaknya kenapa Mark Cuban tiba-tiba suka projek ini?”

Mark Cuban, billionaire Amerika Syarikat (AS) dan pelabur Bitcoin (BTC) dalam sesi spontan Ask Me Anything (AMA) yang memiliki 8.8 juta pengikut mendedahkan telah melabur dalam Polygon (MATIC) dan Injective (INJ).

Disebabkan Cuban menyentuh pelbagai topik termasuk mata wang kripto, beliau menjawab “ya” sejurus selepas terdapat pengguna bertanya sama ada Pasukan NBA Cuban iaitu Dallas Mavericks masih menerima Dogecoin (DOGE).

Menggambarkan memecoin terbesar tersebut, Cuban mengakui bahawa mereka yang melabur dalam DOGE apabila Dallas Mavericks mula menerimanya sama sekali akan mendapat ganjaran sekarang.

Menjawab secara terus terang apabila ditanya tentang Dogwifhat (WIF), Cuban tidak seperti ramai peminat kripto lain susulan beliau kelihatan tidak terkesan dengan lonjakan minat terhadap memecoin Solana (SOL) itu.

Kemudian perbincangan beralih pada non-fungible token (NFT) di mana Cuban menekankan NFT terutamanya adalah aset digital yang harus dibeli untuk kegunaan atau koleksi sungguhpun sifatnya spekulatif.

Memang tidak dinafikan Cuban telah melabur dalam DeFi, tetapi beliau kelihatan kurang kagum dengan keadaan semasanya.

Cuban yang mempunyai pengalaman dalam kewangan tradisional dan kripto juga menyatakan keraguannya berkenaan tokenisasi aset dunia sebenar susulan ia mungkin menjadi jualan yang agak sukar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat