Mark Zuckerberg Pecah Rekod Jeff Bezos, Peroleh Pendapatan Bersih Paling Tinggi Tahun Ini

75

Pada artikel yang lalu Team Moshed telah berkongsi tentang CEO Amazon, Jeff Bezos yang sempat menjadi lelaki terkaya di dunia dengan jumlah pendapatan bersih (total net worth) beliau meningkat $90 billion USD melepasi jumlah bersih Bill Gates. Namun selepas nilai saham Amazon jatuh meletakkan Bezos kembali ketangga ketiga.

Walaupun pada awal pertengahan tahun 2017, Bezos berjaya menunjukkan kenaikan pendapatan bersih paling tinggi dengan kenaikkan $21 billion, tetapi pada minggu ini CEO Facebook, Mark Zuckerberg telah memecahkan rekod tersebut.

Berdasarkan data Bloomberg, pendapatan bersih Zuckerberg telah meningkat $23.2 billion setakat tahun ini menjadikan jumlah kekayaan beliau kepada $73.1 billion. Pada bulan lepas, saham Facebook telah meningkat 16% menjadi penyumbang utama kepada kenaikan tersebut.

Pada hari Isnin sahaja, Mark telah menambahkan pendapatannya kepada $1 billion. Kini Mark hanya memerlukan $3 billion lagi untuk menggantikan Warren Buffett, orang keempat terkaya di dunia.

Times melaporkan, Mark menggunakan kekayaan beliau dengan mengambil bekas penganalisa pilihanraya Hillary Clinton yang dikatakan bakal menjadi penasihat kepada syarikatnya.

Pada awal tahun ini, beliau turut mengambil David Ploufee, bekas penasihat Barrack Obama. Dengan kehadiran David dalam pasukan, Mark dilihat kerap mengadakan lawatan ke setiap negeri di Amerika. Keadaan ini membuatkan ramai menyangka beliau akan bertanding sebagai Presiden Amerika pada pilihan raya akan datang. Namun Mark telah menafikan dakwaan ini sebanyak dua kali di Buzzfeed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat