Lelaki Ini Mengatasi Kekayaan Bill Gates Minggu Lalu Sebelum Rugi $6 Billion

78

Sekurang-kurangnya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat multi-billion dolar Amazon boleh mengatakan bahawa beliau (Jeff Bezos) pernah menjadi orang terkaya di dunia walaupun hanya untuk sehari.

Nilai saham Amazon melonjak pada Khamis minggu lalu selepas jangkaan pendapatan syarikat itu yang mengaut keuntungan lebih daripada jangkaan. Bezos mengambil alih tempat Bill Gates yang selama ini bertakhta di persada dunia sebagai orang terkaya dengan nilai kekayaan sehingga $92 billion.

Namun, ia tidak berpanjangan apabila pada Jumaat, Amazon melaporkan pendapatan yang meleset daripada jangkaan pasaran sekaligus menyaksikan nilai saham gergasi teknologi dunia ini menjunam. Nilai saham Amazon jatuh sehingga 2% berikutan keuntungan yang semakin berkurangan pada suku kedua.

Disebabkan Bezos memiliki 16% milikan dalam keseluruhan saham Amazon, kekayaan beliau jatuh mendadak selepas pengumuman pendapatan tersebut. CNBC menganggarkan Bezos kerugian $6 billion apabila dilihat pada paras tertinggi Khamis berbanding awal dagangan Jumaat.

Namun ia tidaklah menggugat kedudukan Bezos yang terus mengaut kekayaan dan hakikatnya beliau masih di tangga kedua orang terkaya dunia selepas Bill Gate.

Sepanjang tahun lalu saja, CEO Amazon ini menambah kekayaan sehingga $25 billion menurut CNBC.

Apa yang menarik kejatuhan nilai saham Amazon turut menyebabkan kejatuhan kaunter teknologi di Wallstreet pada Jumaat minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat