Masih Di Awal Minggu, Tetapi Harga Minyak Tak Menentu!

101

Harga minyak dibuka lebih tinggi pada awal minggu sebelum keuntungan yang diraih mula berkurangan di tengah-tengah kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat OPEC.

Pada pembukaan sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat pada $87 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat stabil pada $80 setong.

Kedua-dua penanda aras mencatatkan penyusutan ketara pada akhir minggu lalu, di mana dagangan Brent merosot sekitar 1.4% dan WTI AS pula susut 2.1%.

Ini susulan laporan mengenai jangkaan bekalan minyak Rusia yang lebih tinggi, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap lebihan bekalan dalam pasaran.

Muatan minyak dari pelabuhan Baltik Rusia diramalkan meningkat sebanyak 50% pada bulan ini berikutan penjualan cuba memenuhi permintaan kukuh di Asia.

Dalam pada itu, pelabur kini menantikan mesyuarat OPEC dan sekutunya termasuk Rusia atau lebih dikenali sebagai OPEC+ pada hari Rabu (1 Februari).

Kumpulan itu dijangkakan secara meluas akan mengekalkan dasar pengeluaran minyak semasa tidak berubah.

Pelabur juga mengharapkan pemulihan permintaan yang kuat dari China selepas berakhirnya musim cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Pada hari Sabtu, kabinet China berjanji untuk menggalakkan pemulihan penggunaan sebagai pemacu utama ekonomi dan meningkatkan import.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat