Masih Relevankah Altseasons Untuk XRP, EOS?

1,036

Sejak awal Disember 2020, Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) menjadi perhatian industri kripto ekoran pergerakan harga ke paras yang lebih tinggi.

Secara tidak langsung, fenomena itu turut ‘menarik’ beberapa aset kripto lain; biasanya altcoins dan token DeFi untuk turut bergerak positif dengan rekod all-time high masing-masing.

Bagaimanapun, situasi tersebut nyata berbeza dengan Ripple (XRP) dan Block.one (EOS).

Sejak 1 Disember 2020, ketika XRP mencatatkan penyusutan sebanyak 54.6%, EOS juga tidak ketinggalan dengan kadar penurunan mencecah 7.5%.

Sedia maklum, apa yang merumitkan situasi XRP pada ketika itu adalah Ripple terpaksa berhadapan dengan saman daripada Securities and Exchanges Commission (SEC), menyebabkan berlaku peningkatan penjualan dan sekatan perdagangan XRP di kebanyakan pertukaran.

Manakala, Block.one pula terus suram tanpa sebarang perkembangan atau pembangunan produk sejak perletakan jawatan CTO, Dan Larier pada awal Januari tahun ini.

Ekoran daripada itu, EOS terus susut. Berdasarkan rekod tertinggi pada Februari 2020 iaitu $5.40, EOS susut 50% dan sejak all-time high pada April 2018, $22.89, aset ini mencatatkan penyusutan 87%.

Adakah altseasons masih relevan bagi kedua-dua matawang kripto itu?

Nampaknya, tidak.

Polkadot (DOT), Binance Coin (BNB), Chainlink (LINK), Cardano (ADA), Decred (DCR) dan Dogecoin (DOGE) mungkin menjadi perhatian utama pelabur selepas ini menjelang altseasons nanti!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat