Mata Wang Aussie Cecah Paras Terendah Melepasi 0.67!

216

Dolar Australia diniagakan merosot ke tahap terendah berbanding dolar USD sehingga melepasi paras di bawah 0.67 dengan menyentuh paras 0.6690 susulan pemotongan kadar faedah oleh Reserve Bank of Australia (RBA) semalam.

Dagangan mata wang itu sebelum ini dilihat mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain disokong oleh sentimen yang dibayangi oleh kelemahan dolar USD susulan data indeks sektor pembuatan yang lemah.

Pengurangan kadar faedah oleh RBA adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara bagi mencapai sasaran pekerjaan penuh dan kadar inflasi. Langkah ini menguatkan lagi spekulasi terhadap dasar monetari tidak konvensional akan datang.

Gabenor RBA, Philip Lowe menjelaskan bahawa ketidakpastian risiko geopolitik khususnya pertikaian perdagangan AS dan China merupakan isu utama dalam keputusan yang diambil. Keadaan ini jelas menunjukkan risiko penurunan dalam pertumbuhan ekonomi walaupun prospek pertumbuhan ekonomi global tetap munasabah.

Ketidakpastian tersebut menyebabkan banyak firma mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan ke atas pelaburan yang berisiko. Pada yang sama, banyak perniagaan perlu menghadapi halangan dalam rantaian bekalan mereka. Sehubungan itu, bank pusat memberi tindak balas kepada risiko tersebut dengan menurunkan kadar faedah.

Mata wang Australia berpotensi untuk mengalami penyusutan berikutan kenyataan RBA mengenai pelonggaran dasar monetari yang seterusnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat