Matawang Eropah Kekal Berdarah! USD Teruskan Pengukuhan

305

Ketika pelabur terus menantikan perkembangan mengenai konflik Ukraine-Rusia, raja mata wang US dolar kekal didagangkan lebih tinggi berbanding pesaing utamanya sementara pasaran saham global berada di lautan merah.

Kebimbangan terbaharu mengenai potensi Amerika Syarikat akan menjatuhkan sekatan terhadap import minyak Rusia telah mencetuskan lonjakan mendadak harga minyak mentah dan komoditi lain pada awal dagangan hari ini.

Euro, adalah antara mata wang yang paling teruk terkesan disebabkan kebimbangan bahawa sekatan tersebut akan menjejaskan pertumbuhan dan meningkatkan tekanan inflasi di Eropah, memperlihatkannya menjunam ke paras terendah hampir dua tahun.

Tumpuan pelabur kini disasarkan kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada minggu ini yang dijangka bakal menyaksikan bank pusat itu akan menangguhkan sebarang pengetatan yang berpotensi untuk dilaksanakan.

Berbeza pula dengan mata wang berkaitan komoditi, yang menyaksikan dolar Aussie dan New Zealand didagangkan lebih tinggi berikutan tiada impak secara langsung akan menimpa kedua-dua negara ini daripada konflik Ukraine dan Rusia.

Selain itu, dolar Kanada juga mendapat sokongan untuk mencatat peningkatan sederhana berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ke paras tertinggi sejak 2008.

Sementara itu, US dolar kekal mengukuh di paras ketinggian sejak Mei 2020 dengan sokongan sebagai safe-haven dan laporan pekerjaan NFP AS yang menunjukkan bacaan lebih kukuh daripada dijangkakan pada Februari.

Mata wang pound pula terus didagangkan suram di paras terendah hampir tiga bulan, dengan pergerakan harga bergelut untuk bertahan daripada jatuh lebih rendah berbanding dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat