Matawang EURO Membuat Gap dan Jatuh Semula? Pilihanraya Semula Itali.

829

Matawang Euro membuat gap kenaikan pada pembukaan pasaran forex pada Isnin yang jelas dilihat kepada pair EUR/USD, EUR/JPY dan EUR/GBP.

Apa berita yang menyebabkan kenaikan matawang Euro?

Kenaikan ini banyak bersangkut-paut dengan perkembangan politik di Itali. Berita terbaru yang berlaku pada Ahad menunjukkan gabungan kerajaan di Itali antara parti 5-star movement dan League Party gagal sekaligus menyebabkan gap ke atas terhadap matawang Euro pada sesi Asia hari ini. Kenapa pula kegagalan gabungan ini menyebabkan kenaikan matawang Euro?

Hal ini kerana gabungan parti ini dilihat sebagai anti-EU, dan kegagalan kerajaan dibentuk memberi kelegaan kepada pasaran di mana mengurangkan potensi bahawa keluarnya sebuah lagi negara dari Kesatuan Eropah iaitu Itali.

Ia tidak terhenti sampai di situ sahaja, kerana matawang Euro setakat pada pukul 6 petang telah membuat kejatuhan. Matawang Euro dilihat menjunam berbanding matawang utama yang lain dengan EUR/USD setakat ini telah jatuh sebanyak 111  pip dengan EUR/JPY jatuh 160 pip.

Apa pula penyebab kejatuhan Euro sejak pukul 2 petang tadi?

Kini kebimbangan pula adalah kepada potensi pilihanraya yang baru dalam masa terdekat, dengan tiada perubahan dalam undang-undang pilihanraya. Jika masih tiada perubahan kepada undang-undang pilihanraya, potensi yang akan berlaku adalah ‘tiada parti yang akan mendapat majoriti mudah’ sekaligus mungkin menyebabkan perkara sama akan berlaku di mana kerajaan gagal dibentuk kerana perbezaan pendapat antara parti.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat