Matawang Euro Stabil Walaupun Perniagaan Zon Eropah Perlahan Pada Bulan Oktober

63

Aktiviti sektor swasta Zon Eropah terus berkembang dengan stabil pada bulan Oktober dengan peningkatan hasil pembuatan mengimbangi pengurangan dalam sektor perkhidmatan.

Berdasarkan laporan flash PMI Zon Eropah oleh Markit, bacaan indeks pembuatan yang dilaporkan hari ini naik ke paras 58.6 berbanding bacaan 58.1 pada bulan September. Angka ini juga lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis yang meramalkan kejatuhan di paras 57.8

Walau bagaimanapun, hasil tinjauan PMI perkhidmatan pada bulan Oktober berada di paras 54.9, sedikit rendah jika dibandingkan dengan jangkaan 55.6 dan juga bacaan 55.8 pada bulan yang lalu.

Indeks komposit yang mengabungkan kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan jatuh ke paras 55.9, berbanding ramalan 56.5.

Bacaan indeks di atas 50.0 masih menunjukkan perkembangan dalam industri, manakala di bawah 50.0 pula menunjukkan pengecutan.

Indeks PMI bagi negara utama Eropah seperti Perancis dan Jerman turut mengeluarkan bacaan yang lebih positif daripada jangkaan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Walau bagaimanapun, tinjauan dalam sektor perkhidmatan Jerman sedikit perlahan dengan bacaan yang lebih rendah daripada ramalan.

Tumpuan kini beralih kepada penetapan dasar monetari bank pusat eropah (ECB) pada hari Khamis. Euro kekal mengukuh berbanding US dolar dengan EUR/USD naik 0.09 peratus kepada 1.1759 setakat jam 4.25 petang dan masih bergerak berhampiran resistance harian di paras 1.1770.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat