Matawang GBP, Apakah Sentimen yang Kita Tahu Setakat Ini?

726

Berbanding dengan matawang-matawang utama yang lain, GBP adalah matawang paling lemah pada minggu lalu sehingga merekodkan kejatuhan tiga minggu berturut-turut.

GBP memulakan sesi dagangan minggu lalu dengan longlai, apabila meneruskan kejatuhan minggu sebelum itu. Namun, ia pantas bangkit disebabkan oleh kebimbangan yang bermurangan terhadap isu Brexit apabila Parlimen UK menetapkan supaya kerajaan dihalang daripada meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tanpa perjanjian.

Malangnya, kenaikan ini hanya sementara kerana GBP jatuh lebih banyak pada Selasa. Ini disebabkan oleh data PMI sektor pembuatan yang meleset daripada jangkaan dan jatuh ke paras terendah 17 bulan yang lalu, sekaligus mengurangkan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah Bank of England (BoE).

Matawang GBP kemudiannya mendapat semula kenaikan pada Rabu menjelang pengumuman data PMI sektor pembinaan. Ia juga dipercayai disokong oleh kebimbangan Brexit yang semakin berkurangan dengan terdapat laporan bahawa Theresa May yakin untuk mendapatkan perjanjian ‘custom union’ dengan EU.

Namun, kenaikan GBP tidak berpanjangan dan terhenti pada sesi Amerika hari sama apabila terdapat laporan bahawa kabinet UK enggan menerima cadangan perjanjian ‘custom union’ tersebut.

Dengan sentimen Brexit yang negatif, data PMI sektor perkhidmatan pada Khamis juga gagal meyakinkan pasaran terhadap ekonomi UK. Ramai penganalisis melihat perkara ini adalah disebabkan pasaran yang lebih memilih USD kerana jangkaan kenaikan kadar faedah BoE yang semakin berkurangan.

Tumpuan pasaran minggu ini akan terarah kepada penetapan polisi Bank of England. Polisi akan diumumkan pada Khamis pukul 7 malam di mana Bank of England akan mengeluarkan laporan inflasi suku-tahunan dan dijangka akan mengekalkan kadar faedahnya. Sebelum ini, bank pusat dijangka menaikkan kadar faedah, tetapi potensi kenaikan itu semakin berkurangan selepas laporan data ekonomi yang kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini. Pasaran akan meneliti sidang media Gabenor Carney selepas itu.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat