Matawang GBP Melonjak Selepas Komponen Harga Sektor Perkhidmatan Meningkat Tinggi

76

Aktiviti sektor perkhidmatan UK jatuh lebih daripada jangkaan pada November memburukkan sedikit keyakinan terhadap ekonomi Britain. Sektor perkhidmatan UK mewakili 80% daripada keseluruhan ekonomi dan kejatuhan indeks ini sudah tentu membimbangkan pelabur di negara itu.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh IHS Markit, indeks PMI sektor perkhidmatan jatuh kepada 53.8 daripada 55.6 yang dicatat pada Oktober. Jangkaan untuk data kali ini adalah 55.0.

Bacaan melebihi 50 menunjukkan aktiviti yang terus berkembang, sebaliknya bacaan di bawah 50 menunjukkan aktiviti yang merosot.

Kumpulan penyelidikan IHS Markit melaporkan bahawa bacaan pada November menunjukkan harga meningkat ke paras tertinggi sejak Februari 2008.

“Jumlah kerja baru turut meningkat pada kadar perlahan, di mana kadar pengambilan pekerja baru adalah yang terendah sejak Mac.”

“Walaupun dengan pertumbuhan yang perlahan, tinjauan terbaru ini menunjukkan ekonomi di landasan yang betul untuk mendapat pertumbuhan yang kukuh pada suku keempat,” kata ketua penganalisis ekonomi di IHS Markit Chris Williamson.

“Berita baik adalah berkaitan dengan harga, dengan tinjauan PMI ini merekodkan kenaikan harga purata terbesar sejak Ogos 2008 yang mana ketika itu harga minyak mentah melonjak sebelum krisis kewangan global,” tambah Chris.

Pasangan matawang GBP/USD melonjak 50 pip selepas data ini dikeluarkan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat