Matawang Kiwi dan Aussie Bergerak Perlahan Menjelang Krismas

34

Dolar New Zealand menguat sedikit pada hari ini berbanding US dolar pada Khamis yang disokong oleh data pertumbuhan ekonomi lebih pantas pada suku ketiga, manakala Aussie masih melemah dalam dagangan hari ini.

Nzd/Usd naik 0.23% ke paras 0.7325.

Statistik pertumbuhan ekonomi New Zealand hari ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.1% berbanding suku kedua 0.7% dan melebihi jangkaan penganalisis iaitu 0.9%.

Aud/Usd masih hampir tidak berubah yang didagangkan berhampiran harga penutup dalam sesi Rabu di paras 0.7230. Pasangan matawang ini dilihat semakin menghampiri paras terendah enam bulan lalu di 0.7250.

Walaubagaimanapun, matawang greenback (USD) masih lagi disokong oleh pengetatan polisi oleh Federal Reserve  iaitu kenaikan kadar dari 0.50% kepada 0.75%. Selain itu, jangkaan tiga kali kenaikan The Fed menjadi perkara penting yang akan menguatkan US dolar pada 2017.

Dalam tempoh ini, dijangka dagangan adalah kecil dari segi volume (jumlah) dalam pasaran tukaran matawang (forex market) berikutan cuti umum Krismas hujung minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat