Matawang Pound Terus Jatuh Menjelang Penerbitan Strategi Rundingan Dagang UK

313

Dagangan dolar kekal didagangkan lemah sehingga ke sesi Eropah berikutan hasil Perbendaharaan terus jatuh ke paras terendah terbaru dan jangkaan mengenai pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve AS (Fed) semakin meningkat.

Menurut Reuters, pemain pasaran kini sepenuhnya menjangkakan Fed akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada bulan April untuk mengimbangi kesan coronavirus terhadap ekonomi AS.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama diniagakan merosot 0.4% kepada 98.78.

Niaga hadapan saham AS pula menunjukkan penurunan ketara, di mana indeks Dow Jones jatuh 379 mata walaupun Presiden Donald Trump cuba meredakan pasaran dengan menyatakan risiko coronavirus kepada AS adalah kecil.

Sementara itu, pasaran ekuiti Eropah terus mempamerkan aliran negatif pada sesi pembukaan hari ini ditambah pula dengan laporan terbaru mengenai kes di UK yang kini telah mencecah 15 orang, manakala kes di Itali pula telah meningkat kepada 400.

Matawang pound yang pada mulanya didagangkan meningkat, kembali mencatat penyusutan menjelang penerbitan strategi rundingan perdagangan oleh kerajaan UK pada hari ini.

Dolar euro masih mengekalkan pengukuhannya berbanding USD menghampiri paras ketinggian 2 minggu pada sesi Eropah.

Dolar Aussie kembali didagangkan meningkat berbanding USD setelah mencatat paras terendah terbaru pada awal dagangan sesi Asia yang dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap pertumbuhan global kesan daripada coronavirus yang kini telah menjadi ancaman yang besar di seluruh dunia.

Penganalisis menjangkakan wabak ini mungkin akan mencetuskan tindak balas kepada Reserve Bank of Australia (RBA) untuk melonggarkan dasar monetari kerana gangguan rantaian bekalan global akibat penularan di China telah mengurangkan prospek bank pusat terhadap pertumbuhan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat