Matawang Risiko Kembali Papar Kenaikan, Sentimen Positif?

674

Pembukaan sesi dagangan Eropah memaparkan matawang risiko kembali mempamerkan peningkatan setelah susut pada sesi sebelumnya ekoran kebimbangan terhadap gelombang kedua coronavirus dan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi yang makin pudar.

Dolar Aussie dan matawang sensitif risiko lain yang tersungkur semasa sesi dagangan Asia, kembali pulih dan didagangkan lebih tinggi berbanding dagangan safe-haven, mengikuti kenaikan dalam ekuiti Eropah.

Euro kembali menokok berbanding US dolar ketika negara-negara Eropah sedang berusaha dengan rancangan untuk membuka semula sempadan dan pelan langkah rangsangan fiskal tambahan.

Walaupun ekonomi UK merekodkan penguncupan terbesar dengan menguncup 20.4% pada bulan April, matawang pound turut menunjukkan kenaikan pada awal pembukaan sesi Eropah untuk diniagakan meningkat berbanding US dolar.

Kebuntuan dalam rundingan perdagangan Brexit UK dan EU terus membelenggu pasaran setelah tiada kemajuan yang dicapai meskipun sudah mengadakan empat pusingan rundingan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri UK, Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dilaporkan akan mengadakan perbincangan mengenai isu ini pada minggu depan.

Dolar Aussie dan kiwi antara matawang yang turut memaparkan prestasi terburuk pada sesi sebelum ini, kembali diniagakan meningkat dengan masing-masing menokok 0.8% dan 0.7% berbanding USD.

Sementara dolar Kanada pula juga kembali mencatatkan peningkatan pada sesi Eropah, ketika dagangan minyak mentah mula memaparkan pemulihan harga meskipun masih didagangkan negatif.

Walaupun sentimen kembali mempamerkan peningkatan, namun, kebimbangan terhadap potensi gelombang kedua coronavirus masih membelenggu pasaran apabila kebanyakan kawasan di Amerika Syarikat terus melaporkan kenaikan tertinggi dalam kes baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat