Matawang Semua Naik Mencanak! Petanda Apakah Ini?

982

Keyakinan terbaru terhadap pakej rangsangan dan peningkatan data AS telah mendorong pelabur cukup yakin mengenai prospek pemulihan ekonomi untuk mendapatkan matawang berisiko.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin memberitahu bahawa rundingannya dengan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi telah membuat banyak kemajuan dalam perbincangan terhadap bantuan rangsangan.

Bersama-sama dengan data pekerjaan ADP dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah membantu peningkatan dalam saham dan mendorong dolar greenback ke paras terendah satu minggu pada 93.66 berbanding sekumpulan matawang utama.

Pada awal sesi Asia, dolar New Zealand meneruskan peningkatan ke paras ketinggian satu minggu pada 0.6623, sementara dolar Aussie menokok lebih tinggi pada 0.7170 berbanding US dolar.

Walaupun Senator McConnell menyatakan bahawa Republik dan Demokrat masih jauh daripada mencapai persetujuan terhadap pakej rangsangan tersebut tetapi sentimen pasaran kekal positif.

Dagangan pound sterling tanpa dijangka meningkat lebih tinggi dengan diniagakan menguat di atas paras harga 1.29000 berbanding USD meskipun rundingan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) masih tidak ada kemajuan besar.

Matawang euro bagaimanapun gagal memanfaatkan penyusutan USD dengan hanya mencatatkan peningkatan sederhana setelah Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde memberi isyarat untuk mengambil pendekatan lebih akomodatif terhadap inflasi.

Dolar Kanada mempamerkan prestasi terbaik berbanding matawang utama lain dengan meningkat tinggi berbanding USD sementara harga minyak mentah turut mempamerkan peningkatan berikutan data bekalan AS yang positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat