Matawang Utama Melonjak, China Akhirnya Temui Penawar Coronavirus?

2,881

Pergerakan matawang utama mula mempamerkan peningkatan ketika memasuki pasaran sesi Eropah selepas terdapat satu laporan menyatakan bahawa pasukan penyelidikan di Universiti Zhejiang, China telah menemui ubat yang berkesan untuk merawat pesakit coronavirus.

Susulan itu, US dolar melonjak naik ke paras ketinggian dua minggu berbanding matawang safe-haven yen.

Selain itu, Sky News juga melaporkan saintis yang mengetuai penyelidikan UK memberitahu bahawa pasukannya telah membuat satu penemuan penting untuk vaksin coronavirus.

Perkhabaran positif ini juga turut mengangkat dagangan matawang Asia, dolar Aussie dan kiwi untuk diniagakan lebih tinggi pada sesi Eropah berbanding US dolar.

Sementara itu mengikuti di Eropah pula, dagangan pound disokong oleh bacaan akhir PMI perkhidmatan UK bagi bulan Januari yang lebih baik daripada jangkaan iaitu 53.9 daripada 52.9.

Dolar euro pula kembali diniagakan menyusut selepas meraih peningkatan berbanding US dolar sementara tumpuan pasaran kini terarah kepada ucapan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde pada malam ini.

Dolar Kanada juga menunjukkan pemulihan selepas jatuh ke paras terendah dua bulan berbanding USD disokong oleh peningkatan harga minyak.

Dagangan komoditi hitam meningkat dari paras terendah satu tahun sementara anggota OPEC+ mempunyai perselisihan pendapat mengenai pemotongan pengeluaran minyak disebabkan oleh coronavirus.

Arab Saudi bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sekurang-kurangnya 500,000 tong sehari, manakala Russia pula lebih cenderung untuk menurunkan harga. Jawatankuasa Teknikal OPEC akan bertemu semula pada hari ini untuk menilai impak coronavirus ke atas permintaan minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat