McDonald ‘Kritikal’ Kerana COVID-19!

2,606

McDonald melaporkan bahawa syarikat tersebut telah mencatatkan kemerosotan secara mendadak dalam keuntungan pada suku kedua hari ini. Hal ini demikian kerana penjualan mereka mencatatkan penurunan disebabkan oleh penularan wabak coronavirus yang mengakibatkan operasi mereka terpaksa dihentikan seketika ketika perintah berkurung dilaksanakan. Oleh itu, sebahagian besar daripada rangkaian syarikatnya menerima impak negatif.

Keuntungan syarikat makanan segera itu telah merekodkan penurunan sebanyak 68% kepada $ 483.8 juta, susulan daripada kejatuhan sebanyak 30% dalam pendapatan mereka.

Hakikatnya, jualan syarikat gergasi makanan itu di seluruh dunia didakwa telah merosot terutamanya di Amerika Syarikat meskipun perkhidmatan drive-thru dan take away tetap diteruskan.

Walau bagaimanpun, jualan mereka telah meningkat sepanjang suku tahun di Amerika Syarikat dan di beberapa pasaran antarabangsa ketika pemerintah menarik semula sekatan dan perintah berkurung serta kebanyakan aktiviti disambung semula.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif McDonald, Chris Kempczinksi kewujudan perkhidmatan drive-thru dan pelaburan yang dijalankan untuk memperkukuh sistem penghantaran dan digital syarikat itu adalah berbaloi kerana dapat memberikan servis terbaik meskipun ketika situasi getir begini.

Berikutan dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan, McDonald mengumumkan akan mula mewajibkan pemakaian topeng muka kepada para pelanggan di restoran Amerika Syarikat bermula pada 1 Ogos serta menangguhkan rancangannya untuk menyediakan lebih banyak dining rooms di negara tersebut.

Sehingga kini, kira-kira 2,000 ruang makan restoran di Amerika Syarikat telah dibuka semula dengan kapasiti tempat duduk yang dihadkan iaitu hampir 15% daripada jumlah restorannya di negara tuan rumahnya itu.

Lebih menyedihkan lagi, saham McDonald telah jatuh sebanyak 2.4% iaitu kepada $ 196.51 dalam perdagangan pra-pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat