Media Prima Mengecilkan Kerugian Bersih Pada Suku Kedua 2019

193

Media Prima Bhd mengecilkan kerugian bersih kepada RM8.82 juta dalam suku kedua berakhir 30 Jun 2019 daripada kerugian suku pertama RM40.41 juta berikutan peningkatan dalam hasil pengiklanan dan perniagaan.

Saham Media Prima turun 0.5 sen kepada 48.5 sen dengan 172,100 saham dilakukan ketika sesi dagangan ditutup pada tengah hari.

Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia, hasilnya mengalami kenaikan 24.1% kepada RM296.76 juta daripada RM239.10 juta pada suku pertama. Bagaimanapun, hasil pada suku kedua dilihat lebih rendah 13.3% berbanding RM342.37 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Kekurangan hasil dalam segmen tradisional misalnya, penerbitan dan rangkaian televisyen merupakan faktor utama yang membawa kepada peningkatan kerugian bersih syarikat tersebut. Hasilnya berkurang sebanyak 14% kepada RM535.87 juta pada suku kedua daripada RM623.04 juta dalam tempoh sama 2018.

Hasil pengiklanan dan perkhidmatan pendidikan membawa 15% kenaikan dalam hasil suku kedua diikuti hasil daripada rangkaian home shopping yang meningkat ketika musim perayaan.

CJ Wow Shop merupakan penyumbang kepada hasil pertumbuhan yang berterusan dengan peningkatan hasil sebanyak 19% dalam tempoh tahun ke tahun kepada RM114.3 juta dalam separuh pertama 2019, menurut Media Prima.

Sementara itu, rangkaian televisyen Media Prima masih mengekalkan kedudukannya di Malaysia dengan secara keseluruhan penonton berjumlah 36.1%.

Laman berita Media Prima iaitu My Metro, BH Online dan NST Online kekal menjadi pilihan utama di kalangan rakyat Malaysia dengan masing-masing mempunyai purata bulanan 10.2 juta, 7.4 juta dan 3.6 juta pengguna. 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat