Melambung 300%! Boleh Ke LUNC Capai Modal Pasaran Tertinggi Sepanjang Masanya?

483

“Hmm agak-agak LUNC dapat tak sahut cabaran tu?”

Komuniti pasaran mata wang kripto pasti terkejut setelah melihat Terra Classic (LUNC) menggunung 300% dalam tempoh 30 hari lalu kemudian menunjukkan prestasi lebih baik yang mungkin mampu mengembalikan modal pasaran tertinggi sepanjang masa sebelumnya.

Susulan kejatuhan Terraform Labs pada tahun 2022, harga LUNC yang sebelum ini dikenali sebagai LUNA telah terjun daripada $100 kepada $0 dan ia berterusan sepanjang tahun lepas terutamanya apabila bekalan LUNC meningkat lebih 6.5 bilion.

Memang tidak dinafikan LUNC pada masa ini telah menyaksikan pemulihan sangat luar biasa, tetapi harganya masih jauh daripada modal pasaran tertinggi sepanjang masanya $45 bilion yang pernah dicapai pada tahun 2021.

Sekiranya LUNC berjaya kembali pada paras tertinggi sepanjang masanya sekali lagi, maka ia akan menjadi peningkatan yang sangat ketara namun perlu diketahui bahawa aset digital tersebut masih jauh dari harga ATH $120.

Komuniti LUNC yang melaksanakan inisiatif pembakaran untuk mengurangkan jumlah token dalam edaran telah menyebabkan berbilion-bilion token dikeluarkan daripada edaran dalam masa kurang setahun.

Rentetan itu, kenaikan harga LUNC telah tercetus apabila 83.77 bilion token dibakar sejak inisiatif tersebut diperkenalkan pada tahun 2022 sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mengurangkan bekalan yang beredar secara drastik.

Suka dimaklumkan LUNC mampu kembali ke paras $0.01 jika harganya terus menunjukkan prestasi yang baik dan apabila pasaran kripto semakin berkembang, aset digital tersebut juga berpotensi untuk melepasi modal pasaran $100 bilion.

Sehingga berita ini ditulis, harga LUNC melonjak sebanyak 3.87% pada paras $0.00024 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 151.50% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat