Memang ‘Bombastic’ Data CPI AS! Bergoncang Pasaran Sesi New York Semalam!

270

Tumpuan utama pasaran terarah kepada penerbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) di sesi New York semalam sehingga memberi impak ketara terhadap pergerakan mata wang terutama US dolar.

Sekali lagi mengejutkan pasaran, bacaan tahunan indeks harga pengguna (CPI) AS menurun kepada 3.0% untuk bulan Jun daripada 4.0% bulan sebelumnya, lebih rendah dari ramalan 3.1%.

Ini adalah catatan inflasi terendah sejak Mac 2021.

Inflasi dilihat semakin menghampiri sasaran bank pusat sekaligus menguatkan lagi kenyataan penggubal polisi bahawa kitaran pengetatan dasar sudah menuju ke penghujungnya.

Namun pelabur kekal waspada dengan kenaikan kadar faedah yang masih boleh dilaksanakan pada mesyuarat seterusnya setelah isyarat dari Federal Reserve (Fed) sebelum ini, tetapi jangkaan mula berubah dengan kenaikan yang bakal dibuat mungkin hanya 1 kali sahaja untuk tahun ini.

Kesan selepas data diterbitkan semalam, US dolar alami penyusutan nilai dengan ketara ke paras terendah 1 tahun sekaligus mengangkat mata wang utama yang lain untuk kukuh dalam pasaran.

Mata wang Eropah, Euro dan Pound masing-masing melanjutkan pengukuhan ke paras ketinggian terbaru sejak April 2022.

Yen capai paras tertinggi terbaru 6 minggu berbanding US dolar sementara Swiss franc kepada tertinggi sejak Januari 2015.

Komoditi emas juga berjaya melonjakkan nilainya ke paras tertinggi 3 minggu dengan mencatatkan harga $1,959 per auns.

Dalam perkembangan lain, dua bank pusat yang melangsungkan mesyuarat dasarnya semalam menepati ramalan pada kadar faedah masing-masing.

Reserve Bank of New Zealand tepati jangkaan untuk mengekalkan kadar faedah buat pertama kali sejak Oktober 2021, sementara Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas dengan gabenor Tiff Macklem nyatakan bank pusat bersedia untuk menaikkan lagi kadar faedah selepas ini.

Data pertumbuhan ekonomi UK akan diberi perhatian pada sesi Eropah petang ini manakala US dolar akan dipengaruhi pula dengan terbitan data indeks harga pengeluar (PPI) AS di sesi New York malam nanti.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat