Membimbangkan! Kadar Inflasi Pada Bulan Jun Melonjak 9.1% Pada Kadar Terpantas!

2,218

Para pengguna perlu membayar harga yang lebih tinggi bagi membeli pelbagai barangan pada bulan Jun apabila inflasi terus membimbangkan sehingga ia membawa indikasi bahawa ekonomi A.S masih kekal perlahan berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Buruh sebentar tadi.

Indeks harga pengguna, ukuran luas bagi barangan dan perkhidmatan harian, melonjak 9.1% berbanding setahun lalu, melebihi anggaran 8.8% Dow Jones. Itu menandakan satu lagi bulan lonjakan kadar inflasi terpantas sejak Disember 1981. Tanpa mengira harga makanan dan tenaga yang tidak menentu iaitu IHP teras pula meningkat 5.9%, berbanding anggaran 5.7%.

Pada asas bulanan, bacaan CPI atau IHP meningkat 1.3% dan CPI teras meningkat 0.7%, berbanding anggaran masing-masing sebanyak 1.1% dan 0.5%.

Pasaran saham niaga hadapan mencatat kejatuhan dengan Indeks Dow Jones jatuh 100 mata, atau 0.98%. Niaga hadapan S&P 500 jatuh 1.46% dan niaga hadapan Nasdaq 100 turun 2.13%. Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh 0.32% kepada paras dagangan 108.252.

“Pasaran menjangkakan bahawa bulanJun akan menjadi puncak baharu,” kata Lindsey Bell, ketua pasaran dan strategi kewangan. Lanjut beliau, bacaan itu mungkin mengesahkan apa yang dilaporkan oleh laporan pekerjaan pada hari Jumaat bahawa the Fed akan kekal dengan pendirian mereka untuk mengetatkan dasar dengan kenaikan kadar agresif seperti dirancang.”

Kemungkinan bacaan yang tinggi ini boleh mendorong bank pusat untuk menaikkan 75 mata asas lagi semasa mesyuarat bulan ini. Pada bulan lalu, the Fed menaikkan kadar faedah penanda arasnya tiga perempat daripada mata peratusan kepada julat 1.5%-1.75% dalam kenaikan paling agresif sejak 1994.

“Kredibiliti the Fed akan diuji dalam beberapa bulan akan datang dengan keluaran angka inflasi dan pendapatan korporat,” kata Andy Sparks, ketua penyelidikan pengurusan portfolio di MSCI. Tambah beliau, tindakan agresif the Fed baru-baru ini untuk menurunkan inflasi juga berhadapan dengan risiko yang besar dimana ia mampu mendorong ekonomi kepada kemelesetan dan tanda-tandan tersebut telah ada.Pelabur pada hari Rabu terus memantau pendapatan suku kedua untuk mendapatkan petunjuk mengenai kesihatan syarikat-syarikat A.S. Saham Delta Air Lines susut 3.5% dalam dagangan prapasaran selepas mencatatkan keputusan bercampur-campur. Bank-bank utama termasuk JPMorgan dan Morgan Stanley dijadualkan menyiarkan keputusan pada hari Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat